google. Dikuasakan oleh Blogger.
Authorized Dealer Public Gold
Adli Yaacob 013-693 3544

Emas Public Gold di terima oleh Ar-Rahnu Koperasi Tentera

Jumaat, 27 September 2013

Assalamualaikum dan salam satu malaysia...

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada tiga sahabat baik saya yang telah dinaikkan pangkat dari pangkat Sarjan ke pangkat Staf sarjan.Semoga dengan kenaikkan pangkat tersebut semangat kalian bertambah kuat untuk mempertahankan kedaulatan negara. Kalian jangan lupa apabila telah dinaikkan pangkat,tanggungjawab pasti bertambah dan gaji pun bertambah.....apa-apa pun kena bersyukur kepadaNYA.
Tahniah sekali lagi kepada Ssjn Jolnain,Ssjn Jaffar dan Ssjn Ahmad semoga kalian bertambah maju dalam kerjaya.

Kali ini saya nak syer dengan anda bagaimana jika anda memerlukan duit tanpa menjual emas Public Gold maklum lah nak jual terasa sayang pulak...Kenaikan harga emas pun tak sebarapa lagi..apabila dikira campur tolak bahagi untung baru sedikit...duit nak pakai macammana nak buat ni?

Anda nak tahu?


Ar-Rahnu Kopersi Tentera

Ar-Rahnu koperasi tentera (Koperasi AngkatanTentera Malaysia) telah menawarkan perkhidmatan ar-rahnu dan sekarang mendapat sambutan yang amat mengalakkan dari pelabur-pelabur emas di malaysia,tidak kira seorang anggota tentera ataupun kakitangan awam lain, semua diterima oleh ar-rahnu koperasi tentera.Bagi saya sebagai seorang anggota tentera peluang sebegini memang saya tidak lepas kan begitu sahaja, sebab kemudahan yang diberikan memudahkan saya mencairkan emas menjadi duit sekiranya saya memerlukan apabila terdesak.Tiada syarat-syarat tambahan dikenakan janji ada emas boleh lah dipajak.

Ar-rahnu KT(Koperasi Tentera) menawarkan pinjaman sehingga 70% dari nilai emas semasa dan nilai pinjaman sehingga Rm 250,000 wow..banyak tu..dengan upah simpan serendah Rm 0.55 sahaja (tertakluk kepada perubahan semasa). Tidak semua koperasi tentera ada perkhidmatan ar-rahnu sebagai contoh koperasi tentera di Port Dickson tempat saya berkhidmat, tidak menawarkan perkhidmatan tersebut.

 Ada 4 cawangan saja yang menawarkan perkhidmatan ar-rahnu koperasi tentera iaitu:
  • Ar-rahnu Koperasi Tentera cawangan Sg Besi - no tel 03-5459000
  • Ar-rahnu Koperasi Tentera cawangan Sg Udang Melaka - no tel 06-357870
  • Ar-rahnu Koperasi Tentera cawangan Kluang Johor - no tel 07-7711861.
  • Ibu pejabat koperasi Tentera Kuala Lumpur - no tel 03-4027600
Pihak koperasi tentera memaklumkan mereka sedia menerima gadaian barang kemas,jongkong,bar,dinar dan sebagainya asal kan benda itu emas.Inilah kelebihan membeli dan menyimpan emas fizikal,jika kita terdesak memerlukan duit,kita boleh pajak emas tersebut untuk mendapatkan duit di ar-rahnu.

Oleh itu pembaca blog saya,jangan ragu-ragu lagi unuk membeli dan menyimpan emas Public Gold ini. Sekiranya anda beli emas maka anda akan mendapat emas fizikal,boleh bawa balik dan simpan,jika memerlukan duit kerana terdesak maka anda boleh pajakkan,sekiranya anda melabur dalam bentuk akaun simpanan emas atau skim pelaburan yang menjanjikan pulangan setiap bulan  agak-agaknya anda nak pajak apa untuk mendapatkan duit apabila terdesak cuba fikir-fikirkan.....

Saya rasa cukup untuk sekadar ini saja,sekiranya ada keburukan cacat cela penulisan diatas adalah kelemahan saya sendiri maafkan saya,sekiranya ada kebaikan semua itu datang nya dari Allah Ta'ala

sekiranya anda ada sebarang pertanyaan boleh hubungi saya atau sms seperti no di bawah dan boleh melayari Fb saya (Adli Yaacob )


Adli Yaacob (013 6933544)
pengedar rasmi Public Gold
(PG 032802)
sedia membantu anda.....




Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP