google. Dikuasakan oleh Blogger.
Authorized Dealer Public Gold
Adli Yaacob 013-693 3544

Kerana emas Public Gold....?

Selasa, 8 Oktober 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah semalam dengan kesibukkan kerja harian, kerana ada menjalani latihan bagi pertandingan ujian kemahiran menembak halangan kawad (UKMHK) peringkat 3 div, tiba-tiba saya mendapat panggilan tel dari seorang sahabat untuk saya lock kan harga emas untuk beliau harga semasa iaitu 7hb okt 2013,saya tanya nak produk apa?terkejut saya mendengarnya, ia menyatakan nak full set satu kotak emas yang pelbagai variasi dan satu kilogram perak wowww betul ke ni?macam tak percaya la pulak....betul la katanya,sebelum ni saya bawa dia pergi dengar seminar yang dianjurkan oleh pihak syarikat Public Gold cawangan senawang,mungkin sahabat saya ni, mendapat pencerahan bagaimana pentingnya kalau kita simpan emas untuk kemudian hari,


slip pembayaran emas di mybank seremban


encik nasarudin sedang memeriksa emas beliau


Alhamdulillah...Saya terus tel staff Public Gold untuk lock kan harga semasa..Apabila di buat pengiraan jumlah semua sekali Rm46.409 woww banyaknya. tahniah encik nasarudin kerana (Wealth protection) duit,kalau tak kemana duit tu pergi?..Yang penting kat sini encik nasarudin bayar harga emas,encik nasarudin dapat emas,bawa balik rumah hati pun terasa puas muka pun sentiasa tersenyum...dan sekarang ar-rahnu bank rakyat pun terima apa jenis sekali pun bentuk rupa asalkan emas, bukannya tembaga atau pun besi buruk.

Encik nasarudin sedang memeriksa no siri emas

Tapi hari ini memang memenatkan bagi saya kerana apa?kerana emas..tapi seronok dan puas dapat membantu kawan semasa memerlukan bantuan saya,lepas zohor lebih kurang jam 1400 saya,encik nasarudin dan seorang kawan lain memulakan perjalanan ke cawangan public Gold di seremban...sebenarnya kami kejar masa, kerana ada tiga perkara yang perlu diselesaikan takut tak sempat nak bawa balik emas tersebut.sampai  saja di bandar seremban pertama kena selesaikan pengeluaran duit kat bank muamalat,kedua kena bank in kan duit kat mybank,bukan sikit tu.... ketiga kena pergi ke branch public gold untuk keluarkan emas,saya dah janji,macam mana sekali pun kita mesti keluarkan emas hari ini jugak, bukan apa saya nak puaskan hati encik nasarudin,dia dah keluarkan duit banyak-banyak tapi tak dapat keluarkan emas..ishhh. ...dengan jalan pun sibuk,dimasa yang sama ada lori pula rosak betul-betul di tengah jalan..fuhh..tak apa, emas punya pasal kami redah aje.Nasib baik tak insiden langgar motor,mata saya dok perhatikan abang polis yang tengah dok menyaman kereta yang parking di tempat yang salah..tiba-tiba pandang depan aje ada motor ahhh nasib baik tak kena,kalau tak panjang ceritanya

Ok dipendekkan cerita dimasa yang sama kawan saya yang seorang lagi ni, mungkin dia pun geram tengok emas kepunyaan encik nasarudin, terus dia suruh saya lockkan dia 2 keping 1 dinar untuk beliau..terus bayar cash dapat 2 dinar fuhh,bukan main seronok encik hasnawi
.  
Encik hasnawi orang yang sentiasa tersenyum,

Begitulah kisah saya dan emas..kepada anda jangan takut dan segan silu,mula kan langkah pertama anda dengan menyimpan emas dari sekarang pasti anda akan tersenyum suatu hari nanti,kalau tak, takkan lah emak kita sanggup menyimpan emas dari dulu sampai lah sekarang ,mesti ada sebab musababnya..cuba tanya emak anda kenapa emak simpan emas??Sebenarnya dengan emas macam-macam kita boleh buat,antaranya jikalau nak kenduri kahwin tak cukup duit untuk buat majlis, anak nak masuk universiti macam-macam lagi lah...fikir-fikir kan lah rugi tak kalau kita simpan emas????

Saya rasa cukup sekadar ini saja dulu, dilain masa sekiranya ada ruang dan peluang dengan diizinkan allah saya sambung lagi dengan tajuk-tajuk berbeza...sekian

Yang Baik Datangnya Dari Allah swt,Yang Buruk Adalah Kelemahan Diri Saya Sendiri 

Allahu a"lam


Adli yaacob
agen rasmi public gold
Fb :Adli Yaacob
Tel :0136933544

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP