google. Dikuasakan oleh Blogger.
Authorized Dealer Public Gold
Adli Yaacob 013-693 3544

Bagaimana nak join ni???Berapa modal nak mula???

Rabu, 28 Ogos 2013

Soalan pertama bagi mereka yang masih samar-samar tentang emas......

Assalamualaikum dan salam sejahtera...,

Dulu saya pernah dapat satu soalan dari seorang rakan "macamana nak join emas ni"dengan nada yang sinis,mungkin dia menganggap saya buat MLM, saya pun senyum-senyum sajalah dan juga beberapa orang yang bertanyakan tentang emas fizikal ni, jadi saya rasa masih ramai yang samar-samar tentang emas ni. Malah saya yakin masih ramai lagi di luar sana yang masih tidak sedar akan kepentingan simpanan emas yang boleh melindungi kekayaan atau harta kita.

Bermain dengan emas ada beberapa perkara yang anda perlu berhati-hati, pastikan anda beli emas dapat emas. Emas yang anda miliki adalah tulen dan pastikan juga bukan skim pelaburan emas yang menjanjikan pulangan setiap bulan. Berikut adalah perbezaan jual dan beli emas di malaysia:

Skim pelaburan emas-    Menjual emas dengan harga yang tinggi dari pasaran dan menjanjikan pulangan tetap setiap bulan, kemudian beberapa bulan kemudian anda diminta menjual balik kepada mereka. Ini yang terjadi kepada pelabur-pelabur emas pada tahun-tahun lepas. Semasa mereka menjual emas kepada syarikat tersebut, emas tersebut diambil dan dikatakan akan membayar dalam masa seminggu,tetapi pada waktu itu mereka semua lesap..Siapa yang rugi???

Kedai Emas-    Menjual emas dalam bentuk barang kemas,terdapat juga dalam bentuk jongkong emas,dan harga mereka lebih mahal dari Public Gold. Mereka menjual pada harga mahal dan membeli pada harga murah di sebabkan susut nilai dia tinggi. Kebiasaanya mereka membeli balik emas dari 20%-30% lebih murah dari harga semasa bergantung pada kedai tersebut. Jongkong emas tidak boleh dibuka cover,malah jika bengkok,goris, calar mereka tidak akan menerima emas tersebut..kalau anda ada masa terluang anda boleh bertanya sendiri pada kedai-kedai emas dimana-mana sahaja.

Public Gold-    Menjual jongkong emas,dinar dan barang kemas.Public Gold menjual pada mengikut harga semasa dan dikemaskini setiap 20 minit. Public Gold membeli balik emas dengan susut nilai yang rendah antara 4.5%-8% dengan harga semasa kecuali barang kemas 10%. Harga semasa berdasarkan laman web mereka sendiri (www.publicgold.com.my ) on line 24 jam. Malah emas tersebut tetap diterima walaupun bengkok,goris,calar asalkan berat emas tersebut tetap sama.

Mari lah kita sama-sama membeli dan menyimpan emas untuk menjana keuntungan masa depan melalui emas ini.Sedang kan orang-orang tua kita dulu secara tidak sedar menjana keuntungan melalui EMAS

"wallahu alam"      

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP