google. Dikuasakan oleh Blogger.
Authorized Dealer Public Gold
Adli Yaacob 013-693 3544

Perkara yang perlu diambil kira sebelum membeli emas pelaburan..

Ahad, 28 Julai 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

 Pada hari ini saya akan bagi lagi tip-tip bagaimana nak menambah keuntungan dalam pelaburan emas,tapi sebelum itu anda perlu mengetahui beberapa perkara yang perlu diambil kira iaitu:

Sekarang anda telah mengetahui tentang syarikat-syarikat yang menawarkan pelaburan emas.Anda juga telah mengetahui mengenai pelbagai produk-produk emas yang terdapat di malaysia.Ada yang ditawarkan oleh bank,kedai emas dan syarikat persendirian.

Jadi bagaimana cara untuk memilih produk terbaik untuk membeli emas pelaburan?

Setiap produk yang ditawarkan mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri.Jadi anda perlu menilai setiap kelebihan dan kekurangan setiap produk sebelum memilih produk yang sesuai dengan kemampuan anda sendiri.

Bagi memaksimumkan keuntungan,pelabur disarankan mengambil kira faktor-faktor berikut:

  1. Spread @ susutnilai (lebih kecil susutnilai, lebih baik untuk pelaburan emas).
  2. Harga emas per gram.
  3. Emas fizikal atau akaun simpanan emas.
  4. Ketulenan emas.
  5. Stok yang mudah diperolehi.
  6. Syarat-syarat lain yang dikenakan contohnya plastik emas yang tidak boleh dibuka,emas tersebut tidak boleh dicalar,bengkok atau sumbing,resit asal perlu disediakan dan lain-lain lagi.
1. Spread

Spread bermaksud perbezaan di antara harga belian dan jualan (dalam % ). Bahasa mudah bagi spread ialah susutnilai harga emas. Susutnilai adalah FAKTOR TERPENTING yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat pelaburan emas.

Formula pengiraan spread (didalam % ) adalah:
Harga jualan- harga belian x 100 bahagi harga jualan =

Bagi memaksimumkan keuntungan anda perlu memilih emas yang mempunyai nilai spread yang paling kecil.Berapa peratus susutnilai emas jika anda menjual kembali kepada penjual emas tersebut.

Anda akan untung lebih cepat jika membeli emas yang berharga lebih mahal kerana spread yang kecil/rendah berbanding daripada membeli emas pada harga yang murah kerana mempunyai spread yang lebih besar/tinggi.

Di antara kesilapan terbesar pada pelabur emas ialah mereka tidak bertanya berapakah susutnilai yang dikenakan apabila menjual kembali emas tersebut.

2. Harga emas fizikal.

Faktor kedua yang perlu anda mengambil kira adalah harga emas per gram. Lebih murah harga emas per gram lebih baik. Ini membolehkan anda memaksimumkan nilai belian anda.Apabila belian anda banyak maka keuntungan anda pun banyak.

3. Emas fizikal atau akaun simpanan emas?

Sekarang anda telah mengetahui bahawa terdapat 2 jenis emas pelaburan yang boleh dilbeli iaitu emas fizikal dan akaun simpanan emas?

Jawapan saya 
BELI EMAS FIZIKAL.

sebabnya adalah:

  • Anda boleh menggadaikan emas fizikal yang berada ditangan anda jika memerlukan tunai segera.Walaupun anda menggadaikan emas tersebut,anda tetap untung jika emas naik harga walaupun emas tersebut berada dalam di Ar-Rahnu sekalipun.
  • Bagi akaun simpanan emas,anda akan mengalami kerugian jika menjual pada harga yang rendah daripada harga belian (terutama apabila anda terdesak untuk medapatkan tunai untuk tujuan kecemasan ).
  • Emas fizikal boleh dijual pada bila-bila masa kepada sesiapa yang ingin membelinya walaupun ketika cuti atau waktu malam sedangkan untuk akaun simpanan emas anda cuma boleh menjualnya di bank ketika waktu perbankan.
Jika anda menghadapi masalah untuk menyimpan emas fizikal atau takut risiko kehilangan emas fizikal barulah saya cadangkan anda melabur di dalam akaun simpanan emas.

4.Ketulenan emas.

Hampir kesemua pelaburan emas di malaysia mempunyai ketulenan 999.9. Ini kerana emas 999.9 adalah emas yang tulen mutunya. Biasanya dalam bentuk jongkong dan syiling memiliki ketulenan 999.9.

Saya mengesyorkan anda memilih jongkong emas 999.9 atau syiling emas 999.9 jika anda memilah pelaburan mengunakan jongkong emas dan syiling.

Namum begitu,jika anda ingin membuat pelaburan emas melalui barang kemas saya nasihatkan anda memilih emas 916.Ini kerana emas 916 adalah gred biasa untuk barang kemas. Ia lebih keras dan tahan lasak.

5. Stok yang mudah diperolehi.

Jika anda hendak menjadi pelaburan emas yang serius,anda perlu menumpukan perhatian kepada aspek ini. Ini kerana kebanyakkan produk pelaburan emas yang biasanya menghadapi masalah untuk mendapat stok terutamanya apabila harga emas jatuh.

Ini amat merugikan masa,tenaga dan emosi anda. Bayangkan jika harga turun dengan banyak dan anda hendak menambahkan stok emas tetapi tidak boleh berbuat demikian kerana kehabisan stok.

Contoh produk emas yang tidak menghadapi masalah stok adalah emas keluaran Public Gold. Ini kerana mereka mempunyai kilang sendiri di Pulau Pinang dan mampu mengeluarkan eams mengikut permintaan.

6. Syarat syarat lain yang dikenakan

 Anda perlu peka dengan syarat-syarat lain yang yang dikenakan oleh penjual emas. Ada bank yang mahu anda menunjukankan resit belian asal jika mahu menjual balik emas kepada nereka.Begitu juga dengan kedai emas. Ada kedai emas yang menolak sehingga 30% dari nilai emas jika plastiknya dibuka ataupun jika resit belian asal hilang. Ini boleh merugikan pelabur.

Bagi pembeli emas keluaran Public Gold mereka lebih selamat. Ini kerana plastik cover emas tersebut boleh dibuka. Public Gold akan menerima balik emas mereka  walaupun calar,goris,bengkok,resit pembelian hilang atau sijil emas tersebut hilang. Ini kerana Public Gold mempunyai kilang emas sendiri dan mereka boleh melebur dan membuat semula emas terseb

Untuk hari ini itu saja tip yang dapat dikongskan bersama, diharap anda mendapat pencerahan dengan tip tersebut.

sebarang pertanyaan dan pemasalahan boleh dikongsikan bersama dan boleh hubungi saya call/sms/gmail
pada saya, saya sedia membantu untuk kejayaan bersama dalam bidang Pelaburan Emas.
Adli yaacob (0136933544 )



0 ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP