google. Dikuasakan oleh Blogger.
Authorized Dealer Public Gold
Adli Yaacob 013-693 3544

Harga emas USD per oz tukar pada harga emas Rm pergram

Jumaat, 13 Disember 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah dikesempatan ada ruang dan peluang ini, ingin sekali lagi saya nak berkongsikan sedikit ilmu pelaburan emas fizikal,bagaimana cara untuk anda membuat pegiraan harga emas Usd per oz kepada Rm 1 gram,Tapi terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana sudi membuka laman blog saya yang tak seberapa ini..
Diharap anda dan orang-orang tersayang sentiasa dirahmati Allah swt.
Sebenarnya sudah lama saya tak post kan atikal2 yang terbaru,bukan apa...banyak kerja2 yang perlu disiapkan, apabila amanah diberi kepada saya,terpaksa saya lunaskan..tugas hakiki perlu diutamakan dulu...bila kerja makan gaji nak tak nak terpaksa buat betul tak?



bersama teman seperjuangan di hotel sama-sama KLIA


Ok kali ini saya nak kongsikan dengan anda bagaimana dan cara kita membuaat pengiraan harga emas dunia,diharap anda akan faham dengan apa yang saya nak ceritakan. Sebenarnya anda perlu tahu sekiranya anda seorang pelabur atau baru nak mulakan pelaburan atau apa saja,supaya kita tahu harga sebenar emas antarabangsa.

Sebenarnya harga emas dipasaran antarabangsa didagangkan dalam matawang US Dollar dengan berat asas dangangannya dikira "Troy per oz"..dan Troy per oz adalah unit untuk semua jenis logam berharga (percious metel ).dimana untuk setiap 1 Troy per oz bersamaan 31.1 gram.

Laman web kitco

Cara pengiraannya begini..Jika harga emas dipasaran antarabangsa $1144.60 per oz,bermakna harga emas ketika ini adalah $1144.60 Us Dollar untuk setiap 1 troy oz. Ok untuk mendapatkan harga dalam Ringgit Malaysia untuk setiap gram...pengiraan seperti berikut..

* Dapatkan harganya untuk setiap gram dahulu dan caranya adalah..
Harga sekarang bahagi berat 1 Troy per oz ($1144.60 bahagi 31.1 = $36.80.
*Selepas itu kira kadar tukaran harga 1 gram emas dalam matawang Dollar tadi kepada Rm,,caranya
$36.80 x rm 3.20 (1 Us = Rm 3.20 ) = Rm117.76 (harga 1 gram emas dipasaran antarabangsa)

Untuk maklumat anda semua,harga diatas adalah harga asas dagangan atau dikenali juga sebagai "harga spot atau juga dikenali harga emas mentah" dan ianya tidak merangkumi kos-kos sampingan yang terlibat bagi menghasilkan emas dalam bentuk fizikal...

Sebagai contoh..Pak ali adalah seorang perniaga emas yang terkenali dan mempunyai banyak cawangan,dan syarikatnya membeli bekalan emas daripada pengeluar pada harga spot antarabangsa iaitu Rm 117.76, kemudian syarikatnya memproses menjadi emas berbentuk gold bar barang kemas dan sebagai nya,dengan kos yang terlibat untuk memproses dari awal sehingga siap. Setiap gram kosnya Rm15.00 bersamaan pertambahan kos sebanyak 8% dari harga kos asal bahan mentah. kos tambahan ini juga dikenali sebagai kos premium.

Bermakna Syarikat pak ali akan menjual emas itu kepada pelanggan pada harga harga spot + 8% kos premium. (Rm 117.69 + Rm15.00 = Rm132.69 pergram.Biasanya kenaikan harga emas bergantung kepada syarikat untuk mengenakan cas tambahan ada sehingga 25% sebagai kos premium itu belum masuk kos upah tukang lagi mengikut design, itu yang yang membuatkan harga jualan lebih tinggi.

Tetapi bila mereka membeli dari pelanggan,mereka hanya akan mengambil kira harga asas bahan mentah sahaja iaitu spot price belum dikira kecacatan rupa bentuk emas tersebut.

Graf menunjukan peningkatan harga emas untuk tempoh 10 tahun

Walau bagaimana pun nasihat saya,sebelum membuat pelaburan emas,buat lah dulu perbandingan antara syarikat2 pelaburan yang mana harga emas yang paling murah,dan syarat-syarat yang munasabah.yang pasti pelaburan emas ni tidak rugi sekiranya anda mempunyai ilmu di dada.

Harga emas ada masa naik dan turun

Kalau anda ingin melabur dan ingin mendapat keuntungan dengan cepat,pelaburan emas bukan lah tempatnya..tapi pelaburan emas ini adalah sejenis pelaburan jangka sederhana dan panjang..

Emas dan anda
*Anda simpan.......untung
*Anda gunakan.....lebih untung
*Anda berniaga.....paling untung

Akhir sekali..Pelaburan emas fizikal dengan cara yang betul tidak akan merugikan,walaupun pada ketika harga emas sedang menurun,selagi emas masih lagi ditangan kita dan belum terjual,jadi untuk mengelakkan supaya tidak rugi,,anda dinasihat jangan jual selagi harganya terus menunjukkan penurunan,tapi pada pelabur yang bijak sebaliknya kita membeli lagi untuk membuat penambahan simpanan aset kita untuk masa hadapan.Itu saja dari saya semoga anda mendapat sedikit pencerahan dan ilmu..

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya melalui sms,tel atau Fb 

Yang Baik Datang Nya Dari Allah swt..Yang Buruk Adalah Kelemahan Diri Saya Sendiri..

Wallahu "alam

Dari Admin Jongkong TenteraEmas
Fb Adli Yaacob



Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP