google. Dikuasakan oleh Blogger.
Authorized Dealer Public Gold
Adli Yaacob 013-693 3544

Emas Public Gold di terima oleh Ar-Rahnu Koperasi Tentera

Jumaat, 27 September 2013

Assalamualaikum dan salam satu malaysia...

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada tiga sahabat baik saya yang telah dinaikkan pangkat dari pangkat Sarjan ke pangkat Staf sarjan.Semoga dengan kenaikkan pangkat tersebut semangat kalian bertambah kuat untuk mempertahankan kedaulatan negara. Kalian jangan lupa apabila telah dinaikkan pangkat,tanggungjawab pasti bertambah dan gaji pun bertambah.....apa-apa pun kena bersyukur kepadaNYA.
Tahniah sekali lagi kepada Ssjn Jolnain,Ssjn Jaffar dan Ssjn Ahmad semoga kalian bertambah maju dalam kerjaya.

Kali ini saya nak syer dengan anda bagaimana jika anda memerlukan duit tanpa menjual emas Public Gold maklum lah nak jual terasa sayang pulak...Kenaikan harga emas pun tak sebarapa lagi..apabila dikira campur tolak bahagi untung baru sedikit...duit nak pakai macammana nak buat ni?

Anda nak tahu?


Ar-Rahnu Kopersi Tentera

Ar-Rahnu koperasi tentera (Koperasi AngkatanTentera Malaysia) telah menawarkan perkhidmatan ar-rahnu dan sekarang mendapat sambutan yang amat mengalakkan dari pelabur-pelabur emas di malaysia,tidak kira seorang anggota tentera ataupun kakitangan awam lain, semua diterima oleh ar-rahnu koperasi tentera.Bagi saya sebagai seorang anggota tentera peluang sebegini memang saya tidak lepas kan begitu sahaja, sebab kemudahan yang diberikan memudahkan saya mencairkan emas menjadi duit sekiranya saya memerlukan apabila terdesak.Tiada syarat-syarat tambahan dikenakan janji ada emas boleh lah dipajak.

Ar-rahnu KT(Koperasi Tentera) menawarkan pinjaman sehingga 70% dari nilai emas semasa dan nilai pinjaman sehingga Rm 250,000 wow..banyak tu..dengan upah simpan serendah Rm 0.55 sahaja (tertakluk kepada perubahan semasa). Tidak semua koperasi tentera ada perkhidmatan ar-rahnu sebagai contoh koperasi tentera di Port Dickson tempat saya berkhidmat, tidak menawarkan perkhidmatan tersebut.

 Ada 4 cawangan saja yang menawarkan perkhidmatan ar-rahnu koperasi tentera iaitu:
  • Ar-rahnu Koperasi Tentera cawangan Sg Besi - no tel 03-5459000
  • Ar-rahnu Koperasi Tentera cawangan Sg Udang Melaka - no tel 06-357870
  • Ar-rahnu Koperasi Tentera cawangan Kluang Johor - no tel 07-7711861.
  • Ibu pejabat koperasi Tentera Kuala Lumpur - no tel 03-4027600
Pihak koperasi tentera memaklumkan mereka sedia menerima gadaian barang kemas,jongkong,bar,dinar dan sebagainya asal kan benda itu emas.Inilah kelebihan membeli dan menyimpan emas fizikal,jika kita terdesak memerlukan duit,kita boleh pajak emas tersebut untuk mendapatkan duit di ar-rahnu.

Oleh itu pembaca blog saya,jangan ragu-ragu lagi unuk membeli dan menyimpan emas Public Gold ini. Sekiranya anda beli emas maka anda akan mendapat emas fizikal,boleh bawa balik dan simpan,jika memerlukan duit kerana terdesak maka anda boleh pajakkan,sekiranya anda melabur dalam bentuk akaun simpanan emas atau skim pelaburan yang menjanjikan pulangan setiap bulan  agak-agaknya anda nak pajak apa untuk mendapatkan duit apabila terdesak cuba fikir-fikirkan.....

Saya rasa cukup untuk sekadar ini saja,sekiranya ada keburukan cacat cela penulisan diatas adalah kelemahan saya sendiri maafkan saya,sekiranya ada kebaikan semua itu datang nya dari Allah Ta'ala

sekiranya anda ada sebarang pertanyaan boleh hubungi saya atau sms seperti no di bawah dan boleh melayari Fb saya (Adli Yaacob )


Adli Yaacob (013 6933544)
pengedar rasmi Public Gold
(PG 032802)
sedia membantu anda.....




Read more...

Anda mampu memiliki 1 dinar emas tapi bagaimana?

Selasa, 17 September 2013


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Hari ini saya nak kongsikan dengan anda macam mana nak dapatkan sekeping emas 1 dinar yang saya rasa tidak membebankan anda untuk memilikinya. Walaupun hari ini terasa penat bekerja,pagi-pagi dah berlari sejauh 2.4 kilometer, biasa la tentera macam saya stamina kena jaga pastu bagi jadual aktiviti untuk esok kepada anggota yang bertugas,tengahari  pula kena buat soalan untuk lembaga kenaikan pangkat dan petang kena terangkan kepada anggota lembaga kenaikan pangkat apa aktiviti seterusnya untuk esok hari.Memang sibut hari ini,tapi nak buat macam mana tugas tetap tugas mesti diutamakan dulu.

Malam ni ada masa terluang saya nak bagitahu kepada anda bagaimana dan macam mana nak dapatkan 1 dinar kalau anda tidak mampu untuk mambeli secara cash. Public Gold ada menawarkan pembelian secara ansuran.Siapa kata anda tak mampu miliki 1 dinar? Anda boleh membeli secara ansuran (EPP) iaitu sebanyak 4 kali bayaran, anda sudah boleh memiliki 1 dinar, ibarat anda membeli 1++ gram setiap bulan sebab 1 dinar beratnya 4.25 gram .



Inilah 1 dinar

Kalau setahun ada 12 bulan,maka setiap 4 bulan anda akan dapat memiliki 3 keping 1 dinar untuk setahun sekiranya anda membuat pembelian secara EPP (secara ansuran ).Satu tahun anda boleh menyimpan sambil membeli dinar dengan hanya purata lebih kurang Rm 150++ sebulan bergantung pada harga semasa emas Public Gold.

Contoh : Kalau anda lock harga pada hari ini sekitar Rm 615 bahagi 4 bulan = Rm153 makna nya                               selama 4 bulan anda hanya membayar sebanyak  Rm 153 sahaja. Habis bayar nanti anda ambil                     stok tadi di Public Gold berhampiran anda,agak-agak boleh tak anda keluarkan duit Rm153 untuk               beli emas?,kalau anda tidak membeli emas kemana kah duit itu pergi?

Sekiranya harga emas naik melepasi harga belian anda,maka anda boleh jual emas tersebut,itupun terpulang kepada anda hendak menjual atau tidak dan sekiranya harga emas turun maka anda boleh membeli lagi untuk menanbah koleksi emas dan gram..Upgrade dari 1 dinar jadikan 2 dinar dan seterusnya.

Untuk pengetahuan anda semua Public Gold tiada yuran tahunan atau target,Public Gold bukan MLM
Public Gold adalah syarikat pelaburan emas yang terunggul di malaysia ANDA BELI EMAS MAKA ANDA MENDAPAT EMAS.

Wallahu a"lam

Sekiranya ada kekeliruan dan pertanyaan boleh hubungi saya melalui tel/sms/email
013-6933544 adli yaacob
Fb : adli yaacob

Read more...

Bintang-bintang di Public Gold

Sabtu, 14 September 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

   Rasanya belum terlambat untuk menceritakan pengalaman pertama saya semasa menghadiri malam gala dinner pada 7 sept lalu, yang dianjurkan Public Gold sebuah syarikat pelaburan emas terunggul di malaysia. Di mana tu? Sunway Resort and Spa...rasa2 pernah jumpa hotel tu tapi dah lupa jalan...tapi tak apa sekarang dah banyak papan -papan tanda menujuk arah pasti jumpa nanti. Bukan saja-saja nak pergi,tapi sebenarnya nak jumpa otai-otai pelaburan emas tukar2 pendapat bertanya rahsia-rahsia dan teknik-teknik melabur emas untuk berjaya.

 Lebih kurang jam 1900 (masa tentera sebab saya seorang tentera) dah ramai orang-orang mula sampai,sungguh kagum saya melihat kebanyakan tokey-tokey emas ni orang melayu, yang pandai mengambil kesempatan dalam bidang perniagaan ini, Sebenar nya pada malam tersebut Public Gold hendak meraikan otai-otai pelabur emas ni,saya hanya datang mengambil aura otai-otai,insyallah sedikit masa nanti sampai masa saya akan berdiri diatas pentas mengambil anugerah pada malam yang penuh gemilang.



 suasana meriah sebelum acara bermula,otai-otai bertukar-tukar pendapat


Saya bersama isteri bergambar kenangan
bersama Hj Pokli tempat sumber rujukan saya.



Saya bersama Syukor Hashim jutawanemas



Saya bersama Datuk Louis pengasas Public Gold

Wow.... memang hebat acara malam tersebut, kepada anda di luar sana tiada tembok dan halangan untuk anda menceburkan diri dalam lapangan ini.Semua terletak pada diri anda jika ada kemahuan disitu ada jalan,peluang dah nampak cuma anda rebutkan saja....tidak rugi kalau kita mencuba sesuatu yang baru dalam hidup kita.

Read more...

Carilah ilmu sebelum membuat pelaburan emas fizikal

Rabu, 11 September 2013


Assalamualaikum dan salam sejahtera





Anda nak tahu???

Pelaburan emas semakin hari semakin mendapat tempat dihati masyarakat di malaysia,yang nyata ramai yang saya jumpa tahu pelaburan emas sedang rancak diluar sana, tetapi sayang tidak tahu nak mula dari mana dan macam mana. Hakikatnya ramai yang tahu potensi sebenar pelaburan emas yang menguntungkan, Bagi anda  yang masih belum mengetahui apa itu pelaburan emas yang saya jalankan sekarang,kini tiba masanya untuk anda ambil tahu dan belajar tentang pelaburan emas sebelum anda terus menerus berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang tahu mengambil kesempatan dengan pelaburan emas masa kini.

Apa itu pelaburan emas,bagaimana caranya?. Secara mudahnya anda beli emas,anda simpan dan monitor harga apabila harga emas semasa naik lebih tinggi daripada harga belian,anda jual dan kaut keuntungan lumayan namun tidak semudah itu, mengapa?Sebelum saya terangkan mengapa,izinkan saya kongsikan beberapa kelebihan emas.

Harga emas akan meningkat dalam masa sederhana dan panjang, Harga emas juga ada turun naiknya,tetapi hakikatnya dalam jangka masa panjang harganya tetap meningkat. Emas sebenarnya kalis infasi,saya pasti anda tahu hakikat wang kertas kita hari ini. Sekarang apa yang anda boleh beli dengan Rm50 pada hari ini,sudah tentu tidak sama dengan apa yang anda boleh beli 10 tahun dulu,sebaliknya apa berlaku berlaku pada emas. Harga seekor kambing 1400 tahun dulu hanya 1 dinar dan pada hari ini harganya masih sama iaitu 1 dinar untuk seekor kambing,itu lah kuasa emas.Cuba anda ingat balik berapa harga emas masa anda kahwin dulu,bandingkan dengan harga sekarang berbeza tak?

Lihatlah bagaimana untungnya jika anda melabur dengan emas seperti yang saya nyatakan pelaburan emas tidak semudah yang disangkakan jika anda tiada ilmu pengetahuan mengenai emas. Saya perlu tekankan disini anda perlu tahu selok belok sebenar jika ingin melabur emas. Anda perlu hadir ke seminar-seminar yang di anjurkan oleh  cawangan Public Gold di kawasan berdekatan dengan anda,jumpa dengan otai-otai pelabur emas,baca buku-buku tentang pelaburan emas insyallah semua yang kita ingin kan akan tercapai dengan syarat ada usaha untuk memajukan diri dari biasa ke luar biasa.

Pepatah dulu  berkata, cari lah ilmu sampai kenegara cina,sebab ilmu ini tidak akan habis sehinggalah kedua mata kita tertutup..

Wallahu a"lam



Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP