Tahukah anda kenapa saya memilih emas untuk simpanan saya
Khamis, 29 Ogos 2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabat semua.....
1. Emas adalah lambang: kekayaan, kekuasaan, kecantikan & kemenangan
Selagi logam itu adalah emas tulen walaupun tidak mempunyai kad/sijil ketulenan, ianya tetap laku walaupun di mana jua kita berada, hatta di zaman mana sekali pun. Sejak dari zaman Firaun dahulu kala lagi, emas tetap menjadi idaman rebutan dan sentiasa bernilai sehingga kehari ini cuma kesempatan dan tindakan yang perlu kita ambil apabila ada ruang dan peluang di depan mata iaitu membuat simpanan emas dari sekarang semoga kita tidak menyesal di kemudian hari.
Tahukah anda emas diuji menggunakan mesin densimeter seperi dibawah,mana-mana kedai emas mana sekali pun semua mengguna mesin ini.
Menguji ketulenan emas PG menggunakan mesin Densimeter
Gambar: Credit to Wazir Tokey Emas
Densimeter seperti di atas ada disediakan di semua 18 branch PG di seluruh Malaysia. Densimeter boleh digunakan untuk menguji ketulenan emas. Jadi, setiap kali anda collect emas di PG, anda boleh uji ketulenan emasnya. Mesin ini sama seperti yang terdapat di Habib Jewel dan Arrahnu. Hmm...tetiba saya terfikir...ketika anda membeli emas di kedai emas tradisional, pernahkah anda menguji ketulenannya?? Boleh pulak beli tanpa banyak soal tu :)
2. Emas: Aset unggul yang diterima di seluruh dunia pada bila-bila masa
Sumber mengatakan Pelarian Vietnam melarikan diri daripada ketidakstabilan politik negaranya dengan membawa sejumlah emas. Maksudnya mereka menukarkan segala harta milik mereka seperti tanah, ternakan dan rumah ke bentuk emas fizikal lalu membawanya berlayar. Mereka merantau mengikut arah tiupan angin. Di mana mereka terdampar di situlah mereka memulakan hidup baru dengan menukarkan emas mereka dengan duit negara di mana mereka terdampar.
Emas Vietnam iaitu sebuah Negara Dunia Ketiga ini tetap laku di negara maju!
Fakta tambahan:
Matawang di sesebuah negara, hanya confirm sah laku di negara asal selagi kerajaan asalnya masih memerintah. Selagi kerajaan asalnya masih berkuasa, matawang itu akan terus laku. Ketika British memerintah tanah melayu, matawang kertas Straits Dollar digunakan, namun apabila Jepun memerintah 'kertas' itu tidak lagi laku. Kemudian British datang balik, wang kertas pisang jepun pula tidak laku.
Straits Dollar yang SAH LAKU di Tanah Melayu pada sekitar tahun 1904-1939
Wang Pisang Jepun - Laku / Bernilai hanya ketika zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu sahaja!
Jepun menjajah tanah melayu sekitar tahun 1942-1945...3 tahun sahaja tu!
Wang Malaysia dulu-dulu. Masih laku ke di Malaysia?
Perhatikan tulisan pada wang kertas ini...
"Wang kertas ini SAH diperLAKUkan dengan nilai"
Adakah RM kita akan terus laku suatu hari nanti? Tepuk dada, jawablah menggunakan logik dan fakta sejarah ini. Mempelajari Sejarah ini penting kerana dengan mempelajari Sejarahlah baru kita tahu di mana titik permulaan kita bermula. Jika kita tahu dari mana kita bermula, kita mungkin merasakan kita bergerak ke hadapan, tetapi realitinya kita balik ke titik asal! Oleh itu, jom kita sama-sama mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran negara kita yang tercinta, Malaysia ini.
Emas Public Gold, walaupun tercalar, tergores,bengkok,kemek atau sumbing sekalipun, ianya tetap bernilai.
Kalau duit kertas kita terkoyak adakah ianya masih bernilai?
Ok sahabat mari kito pakat pikir sama-sama,agak-agak simpan emas ni rugi ke untung dalam jangka masa panjang??