Teknik dan rahsia tokey kedai emas
Selasa, 15 Oktober 2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kesempatan masa terluang ini, ingin saya berkongsi rahsia tokey-tokey kedai emas yang kaya dan berjaya...saya pernah terfikir macam mana tokey-tokey kedai emas menjalankan perniagaan..masih saya ingat ada satu kadai di kota bharu masa saya kecil sampai sekarang masih lagi berniaga..woww boleh tahan juga bisnes dia...lama sungguh bertahan...hebat..hebat..
ramai pelanggang dan pilihan
Baik...Mari kita kongsikan rahsia dia..
Secara amnya ramai di antara kita tidak tahu kenapa tokey-tokey kedai emas yang kaya dan berjaya....
sebenarnya tokey-tokey kedai emas ini mengamal formula 3P iaitu PENYIMPAN,PELABUR,PENIAGA.
Mereka menyimpan emas (Stok barang kemas) kemudian mereka bertindak sebagai pelabur dengan membeli emas semasa harga rendah dan mengaut keuntungan bila harga emas pasaran naik dan bertindak menjual emas tersebut pada pelanggang.
emas pilihan hati
Tokey-tokey kedai emas ini ibarat sambil menyelam minum air,mereka menyimpan,melabur sambil berniaga,maksudnya mereka menyimpan sesuatu benda/barang untuk kepenting mereka sendiri,malah nilai benda yang disimpan sentiasa meningkat disamping menjualnya kepada orang ramai jika ada permintaan.
Kebanyakkan kita bercita-cita untuk menjalankan perniagaan sendiri,waaima menjual air tebu ditepi jalan sekali pun atau apa saja perniagaan,kita sering mendengar menyatakan 9/10 rezeki kita adalah dari perniagaan,namun tidak ramai yang mampu menikmatinya atas pelbagai alasan.
Ramai dikalangan kita yang mencari jalan mudah,ringkas dan cepat,mereka cukup taksud dengan konsep 4D (duduk diam dapat duit ) itu prinsip orang yang malas untuk memulakan langkah pertama. Sebenarnya berniaga ni,orang yang berkerja makan gaji macam saya pun boleh berniaga dan tak ada alasan..asalkan ada kemahuan disitu ada jalan..boleh buat secara part time janji tidak menggangu tugas hakiki kita.
Setahu saya la...tiada seorang pun jutawan malaysia yang mencapai tahad jutawan dengan cara mudah dengan megamalkan konsep 4D. untuk mencapai status jutawan ada masa jatuh bangunnya..semua itu akan bersandarkan kepada pengalaman..dan tahu selok belok teknik-teknik yang betul sebelum menjalankan perniagaan.Bagi saya sebelum kita menyertai mana-mana peluang perniagaan dan pelaburan selidik dulu dan carilan ilmu dahulu.Jangan dengar janji-janji manis dari mana-mana syarikat tanpa selidik dan mengkaji macam mana urusan perniagaan dijalankan.
Sebenarnya kita boleh ikut cara atau formula 3P yang diamalkan oleh tokey-tokey kedai emas iaitu,ada masa jadi kita jadi Penyimpan ada masa jadi Pelabur dan ada masa kita jadi Perniaga.Erti kata lain formula 3P ialah menyimpan sesuatu barang/benda yang sentiasa nilainya meningkat,kemudian menjualnya kepada orang lain bila ada permintaan..inilah yang dikatakan kuasa emas.
Benda atau barang yang semua ketahui emas fizikal adalah emas yang tiada tarikh luput tidak buruk tidak reput,tapi kalau semakin lama disimpan semakin tinggi harganya...cuba ingat berapa harga emas semasa anda kahwin dulu ..ingat tak berapa harga 1 gram???
Berbalik kepada kisah tokey kedai emas tadi,kalau emas yang mereka miliki tidak terjual sekalipun,mereka tidak akan rugi kerana emas yang mereka miliki dianggapkan sebagai simpanan atau aset untuk masa depan yang sentiasa meningkat nilainya,sebab itu kita tidak pernah mendengar kedai emas ditutup kerana kerugian atau bankrap.
Ada yang mengeluh "Siapa nak beli emas kerana harganya yang semakin mahal "memang betul harga emas semakin mahal dari hari ke hari,namun orang tetap membelinya,samalah juga 10 tahun lalu, tetap orang mengatakan emas itu mahal tetapi orang tetap membeli juga.Perhatikan kedai emas wang chan,poh kong,habib jewell, dan banyak lagi tidak pernah tutup walaupun pelanggangnya tidak seramai di pasar malam...
Itulah serba sedikit yang saya nak kongsikan pada anda semua..rahsia tokey kedai emas..yang kaya dan berjaya..sebenarnya kita pun ada peluang berniaga emas tanpa memerlukan kedai dan perkerja...dengan menjadi pengedar rasmi public gold macam saya..tiada alasan kalau berkerja makan gaji tak boleh buat itu dan ini..hanya kemahuan mengatasi segala-galanya.
Yang Baik Datangnya Dari Allah swt,Yang Buruk Adalah Kelemahan Diri Saya Sendiri
Wallahu a"lam
Sertailah rangkaian jongkong tenteraemas.....sama-sama kita berniaga
0 ulasan:
Catat Ulasan