Carilah ilmu sebelum membuat pelaburan emas fizikal
Rabu, 11 September 2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Anda nak tahu???
Pelaburan emas semakin hari semakin mendapat tempat dihati masyarakat di malaysia,yang nyata ramai yang saya jumpa tahu pelaburan emas sedang rancak diluar sana, tetapi sayang tidak tahu nak mula dari mana dan macam mana. Hakikatnya ramai yang tahu potensi sebenar pelaburan emas yang menguntungkan, Bagi anda yang masih belum mengetahui apa itu pelaburan emas yang saya jalankan sekarang,kini tiba masanya untuk anda ambil tahu dan belajar tentang pelaburan emas sebelum anda terus menerus berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang tahu mengambil kesempatan dengan pelaburan emas masa kini.
Apa itu pelaburan emas,bagaimana caranya?. Secara mudahnya anda beli emas,anda simpan dan monitor harga apabila harga emas semasa naik lebih tinggi daripada harga belian,anda jual dan kaut keuntungan lumayan namun tidak semudah itu, mengapa?Sebelum saya terangkan mengapa,izinkan saya kongsikan beberapa kelebihan emas.
Harga emas akan meningkat dalam masa sederhana dan panjang, Harga emas juga ada turun naiknya,tetapi hakikatnya dalam jangka masa panjang harganya tetap meningkat. Emas sebenarnya kalis infasi,saya pasti anda tahu hakikat wang kertas kita hari ini. Sekarang apa yang anda boleh beli dengan Rm50 pada hari ini,sudah tentu tidak sama dengan apa yang anda boleh beli 10 tahun dulu,sebaliknya apa berlaku berlaku pada emas. Harga seekor kambing 1400 tahun dulu hanya 1 dinar dan pada hari ini harganya masih sama iaitu 1 dinar untuk seekor kambing,itu lah kuasa emas.Cuba anda ingat balik berapa harga emas masa anda kahwin dulu,bandingkan dengan harga sekarang berbeza tak?
Lihatlah bagaimana untungnya jika anda melabur dengan emas seperti yang saya nyatakan pelaburan emas tidak semudah yang disangkakan jika anda tiada ilmu pengetahuan mengenai emas. Saya perlu tekankan disini anda perlu tahu selok belok sebenar jika ingin melabur emas. Anda perlu hadir ke seminar-seminar yang di anjurkan oleh cawangan Public Gold di kawasan berdekatan dengan anda,jumpa dengan otai-otai pelabur emas,baca buku-buku tentang pelaburan emas insyallah semua yang kita ingin kan akan tercapai dengan syarat ada usaha untuk memajukan diri dari biasa ke luar biasa.
Pepatah dulu berkata, cari lah ilmu sampai kenegara cina,sebab ilmu ini tidak akan habis sehinggalah kedua mata kita tertutup..
Wallahu a"lam
Read more...