Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Diharap anda dan keluarga sentiasa sihat sejahtera..Alhamdulillah di kesempatan ini,ada ruang dan peluang serta azam tahun baru ,ingin saya nak kongsikan sedikit ilmu pelaburan emas fizikal yang hangat diperkatakan sekarang..semoga anda mendapat pencerahan tentang pelaaburan emas fizikal ini.
Tahukah anda yang dimaksudkan pelaburan emas fizikal?
Sebenarnya emas merupakan logam yang sangat istimawa dan disukai ramai,warnanya yang menarik serta kesukaran untuk mendapatkannya itu yang menyebabkan ia dianggap bernilai oleh manusia seantero dunia. Selain dijadikan barang kemas dan ia juga menjadi penyimpan kekayaan yang paling unggul. Ini kerana logam istimewa ini tidak boleh dibinasakan dan tidak akan hilang nilainya.Justeru itu sesiapa yang menyimpan emas sebagai satu aset sebagai pelaburan merupakan tindakan yang bijak. Ini kerana nilainya yang sentiasa meningkat dalam jangka sederhana dan panjang. Pelaburan emas ialah membuat pelaburan emas dalam bentuk fizikal atau membuka akaun emas disesetengah bank yang ada menawarkannya. Emas dalam bentuk fizikal terdiri daripada dinar emas,jongkong emas dan barang kemas.
Kenapa dan mengapa emas?
1. Emas adalah logam yang melambangkan kekayaan sebenar kepada pemiliknya.
Emas tetap bernilai dalam apa jua bentuk,syiling,jongkong ataupun dah menjadi serbuk sekali pun..ia tetap masih bernilai.
2. Harga yang sentiasa meningkat dalam jangka masa sederhana dan panjang.
Emas ialah komuditi,jadi akan ada naik turun harga setiap hari,akan tetapi setiap 12 bulan anda akan merasai kehebatan pelaburan ini.
3. Nilai wang kertas akan jatuh dalam jangka masa panjang.
Inflasi adalah kesan kepada jatuhnya matawang,perasan tak anda dulu 1Usd Dollar bersamaan Rm2.50 dan sekarang 1 Usd Dollar bersamaan Rm3.20,kalau 10 tahun akan datang agak-agak berapakah nilai duit kita....
4. Emas adalah aset yang mudah dicairkan.
Emas adalah aset yang terunggul,boleh dicairkan dimana-mana sahaja.
5. Emas juga tidak boleh dimanipulasikan.
Memandangkan emas bukan senang untuk mendapatkannya,ianya perlu melalui proses carigali yang amat sukar,maka ia tidak boleh dimanipulasikan oleh mana-mana pihak atau ditambah sesuka hati pemerintah,sebab itu ia tidak boleh dimanipulasikan.
Bayangkan betapa susahnya untuk mendapatkan emas
bukan senang nak jadi senang
Bagaimana untuk mendapat keuntungan dengan emas?
1. Beli emas pada harga murah dan simpan,dijual semula pada harga tinggi.
2. Simpan emas dalam jangka masa panjang,sudah tentu harga akan meningkat.
3. Menjadi seorang peniaga emas yang bijak..pasti mendapat keuntunggan
4. Guna kan formula 3P..PENYIMPAN,PELABUR,PERNIAGA.
Itulah perkara asas yang perlu anda mengetahui bagaimana pelaburan ini boleh memberi anda pulangan,perlu diingatkan sekali lagi bahawa pelaburan emas ini adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang.Tempoh yang sesuai untuk melihat keuntungan ialah selepas 12 bulan kerana emas ialah komaditi,jadi setiap hari akan berlaku turun naik. Anda dan saya sebagai pelabur emas yang bijak sepatutnya boleh menggunakan kesempatan ini untuk membeli pada harga yang rendah dan menjual pada harga yang tinggi.
Pelaburan emas fizikal ini menggunakan konsep beli, tunggudan monitor harga,sebab harga emas tetap naik lambat atau cepat sahaja. Anda dan saya akan menjadi golongan orang-orang yang beruntung sekiranya anda mempunyai stok emas yang banyak ketika harga tinggi,jadi teruskan niat anda untuk membeli emas fizikal...yang pasti anda seorang yang bijak membeli sementara harga emas sedang rendah sekarang.
teknik beli dan jual
harga yang sentiasa meningkat jangka masa panjang
Pelaburan emas fizikal terdiri daripada
* Syiling emas /dinar
* Jongkong emas
* Barang kemas
Semua ini ada di semua branch Public Gold di seluruh malaysia..yang paling best tiada upah tukang dan mengikut harga semasa,setiap 20 minit harga public gold di update kan.
macam-macam pilihan...modal mengikut kemampuan.
anda beli dan anda simpan sendiri emas tersebut.
Bagi anda yang betul-betul berminat bagi memaksimumkan keuntungan pelaburan emas ini disarankan untuk anda membeli emas fizikal berbentuk jongkong atau dinar,ini kerana emas tersebut susut nilai yang rendah dan cepat untuk anda mendapat keuntungan apabila harga emas tinggi.
Ini adalah tempat -tempat sekiranya anda memerlukan wang dengan segera tanpa menjualnya.
semua tempat ini sedia menerima emas keluaran public gold untuk dipajak.
Saya rasa cukup sekadar ini dulu perkongsian ilmu emas,sekiranya anda rasa ingin bertanya tentang pelaburan emas ini ,jangan segan silu hubungi saya..saya sedia membantu anda pada bila-bila masa sahaja,jadi kan saya intruducer anda sekiranya, anda ingin membeli emas di branch public gold berhampiran dari kediaman anda, sebab branch public gold ada 18 cawangan di seluruh malaysia.dimana-mana saja anda boleh membelinya.
bersama pokli pelabur tegar emas.
Tanamkan azam tahun baru dan mulakah langkah baru untuk mengubah hidup anda sekeluarga.....
Yang Baik Datangnya Dari Allah Swt,Yang Buruk Adalah Dari Kelemahan Diri Saya Sendiri..
Admin Jongkong TenteraEmas
Fb Adli Yaacob
Tel 013-6933544
Whatsapp 013- 6379958
0 ulasan:
Catat Ulasan