Keuntungan Spread (susut nilai) Kepada Dealer-Delear Public Gold,
Ahad, 19 Januari 2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana diberi peluang dan ruang lagi untuk saya berkongsi lagi sedikit ilmu mengenai pelaburan emas fizikal..Walaupun saya sibuk dengan tugas hakiki,namun untuk pelaburan emas fizikal ini ianya adalah salah satu sumber rezeki saya yang kedua,apalah kiranya kita berkongsi rahsia mengenai pelaburan emas ini.untuk kita sama-sama mendapat manafaatnya..In shaa Allah
Kebanggaan saya "KOR ARMOR DIRAJA"
Baik.., perkongsian kita kali ni ialah tentang keuntungan & kelebihan spread (susut nilai) kepada Dealer Public Gold.....
Kalau anda ada baca dalam post Info Spread yang sebelum ini, anda akan lebih mudah faham tentang Spread pelaburan emas Public Gold ni..tapi kalau ada yang tak baca lagi, anda boleh baca dalam post saya sebelum ini.. tajuknya Kelebihan menjadi dealer Public Gold
Tahukah anda......
Komisyen dealer dan spread produk PG berkait rapat dengan peratus (%) keuntungan dalam pelaburan emas fizikal anda...Betul ke??
Ya..betul... Tak semestinya jadi dealer untuk menjual dan dapat komisyen... Kalau beli untuk diri sendiri pun, ada kelebihan dia... Kat bawah ni, saya akan cuba terangkan dengan cara yang paling ringkas, supaya pembaca semua lebih mudah nak faham dan mendapat pencerahan.....
Apa yang akan saya terangkan di sini, adalah satu situasi dimana belian dan jualan dibuat dengan pihak Public Gold sahaja.. Belian dengan Public Gold dengan harga PG Sell & jualan semula kepada Public Gold dengan harga PG Buy...
Disini ada gambar, untuk tunjukkan perbezaan spread (susut nilai) antara Produk & Dealer,Priority Deaaler dan Master Dealer...
Gold bar 10g,20g,50g,100g
Jongkong 250g,500g.
Dinar 1 dinar,2 dinar,5 dinar dan 10 dinar.
Lihat dan cuba faham kan gambar di bawah..pula
Agak-agak anda faham tak???
Saya akan bagi contoh untuk 2 kategori sahaja..iaitu Pelanggan Biasa & Normal Dealer.. Contoh ni menggunakan harga semasa seperti gambar dibawah....
Harga dulu..tinggikan?
- Contohnya, katakan seorang pelanggan membeli 1 Bar 20gm dan 1 Bar 50gm, seperti harga di gambar di atas..
- Harga Bar 20gm = RM3,405
- Harga Bar 50gm = RM8,473
- Jadi, untuk sampai ke harga pulang modal, iaitu harga yang sama dengan harga belian tersebut, pelanggan perlu menunggu kenaikan harga sebanyak 5.5% untuk Bar 50gm dan 6.0% untuk Bar 20gm.
- Pada ketika kenaikan harga mencecah 5.5% ataupun 6%, harga di PG Buy akan berada pada keadaan harga yang lebih kurang dengan harga belian anda, bermakna, jika masa itu anda jual semula kepada PG, anda cuma balik modal aje...tak ade untung pun disebabkan ada potongan Spread tu...
- Jadi, perlu tunggu kenaikan lebih dari % spread tu untuk memastikan apabila kita dah jual semula pada PG, kita akan dapat lebihan wang untung dari hasil jualan tersebut...
Normal Dealer:-
- Berbeza pula untuk Normal Dealer, dengan harga belian Bar 20gm dan Bar 50gm pada harga yang sama, untuk sampai ke harga pulang modal, hanya perlu tunggu kenaikan harga sebanyak 4% untuk Bar 50gm & 4.5% untuk Bar 20gm..
- Nampak tak perbezaannya?? Anda dah potong masa untuk menunggu kenaikan harga tu untuk mendapatkan keuntungan anda... Kalau harga dah naik 5% pun, jual semula pada PG, anda dah untung 1% untuk bar 50gm tu....
- Masa harga naik 5% tu, kalau pelanggan biasa jual semula pada PG dengan harga PG Buy tu, mereka tidak akan dapat untung, malahan, akan rugi sedikit disebabkan mereka menjual dengan harga yang lebih rendah dari harga belian mereka dulu..
Kalau anda buat pengiraan semula,kenapa jadi macam tu??
Ini disebabkan, bila Dealer beli dari PG dan jual semula kepada PG, mereka akan dapat komisyen, komisyen tu sebenarnya dah mengurangkan kos belian barang yang mereka beli tu....
Pelanggan Biasa:-
- Harga belian Bar 20gm = RM3,405
- Harga belian Bar 50gm = RM8,473
Normal Dealer:-
- Harga belian Bar 20gm = RM3,405 - (komisyen 1%, RM34.05) - (0.5% komisyen bila jual pd PG dengan harga semasa)
- Maknanya, kos sebenar dealer ni beli adalah kurang lagi dari RM3,370....
- Harga belian Bar 50gm = RM8,473 - (komisyen 1%, RM84.73) - (0.5% komisyen bila jual pd PG dengan harga semasa)
- Kos sebenar Bar 50gm adalah kurang dari RM8,388....
Baik .....itulah kelebihan yang ada pada % komisyen PG & Spread produk-produk PG... Saya dah cuba terangkan dengan seringkas yang boleh supaya anda mudah faham... Jika anda masih tak faham, jangan malu, jangan segan,boleh terus hubungi saya untuk bertanya...
Bagi yang dah nampak dan faham perbezaan di antara pembeli biasa & Dealer, tahniah saya ucapkan... Seboleh-bolehnya, jadilah seorang dealer.. Bukan nak suruh berjual, tapi untuk memaksimumkan pulangan dari pelaburan emas anda tu....untuk diri sendiri jugak betul tak?...tetapi kalau anda hendak berniaga..apa salahnya..lagi cepat untung..sebab..
Anda simpan....untung
Anda melabur...lebih untung
Anda perniaga...paling untung
Itu kata -kata cifu syukur hashim...
Yang saya cerita di atas tu, untuk Pelanggan Biasa & Normal Dealer.... Kalau dah jadi Priority Dealer & Master Dealer tu, memang lagi cepat la dapat rasa untung tu sebab komisyen besar...
Yang saya cerita di atas tu, untuk Pelanggan Biasa & Normal Dealer.... Kalau dah jadi Priority Dealer & Master Dealer tu, memang lagi cepat la dapat rasa untung tu sebab komisyen besar...
Rasanya cukup sekadar ini dulu perkongsian kita tentang pelaburan emas fizikal ini..apa yang saya harap kan ambil lah kesempatan semasa harga tengah rendah sekarang..mulakan langkah tahun baru ini dan tanamkan azam baru untuk mengubah corak hidup anda dan keluarga...
Sekiranya anda ingin bertanya tentang pelaburan emas ini,boleh lah tel,sms,whatsapp pada bila-bila masa sahaja,saya sedia membantu anda,,dan jadikan saya intruducer anda supaya senang untuk saya membimbing anda...mengenai ilmu emas ini..In Shaa Allah.
Yang Baik Datang Dari Allah SWT,Yang Buruk Adalah Kelemahan Diri Saya Sendiri..
Admin Jongkong TenteraEmas.
Fb Adli Yaacob
Tel 013-6933544
Whatsapp 013-6379958
Read more...