google. Dikuasakan oleh Blogger.
Authorized Dealer Public Gold
Adli Yaacob 013-693 3544

4 perkara yang perlu di ambil kira pasti anda akan tersenyum

Selasa, 20 Ogos 2013


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini saya nak kongsi sedikit ilmu untuk renungan kita bersama........
biasa kita dengar....

aduh..baru beli emas tadi,sekarang harga turun pulak..macam mana ni????

Itu reaksi biasanya orang yang pertama kali beli emas, Saya belum pernah jumpa orang yang lepas beli, harga terus naik,naik,naik dan tak turun-turun. kalau naik,naik tak turun-turun,itu tak normal. Harga emas ni ada masa dia naik dan ada masa dia turun,ada masa dia naik sampai 55% ada masa dia turun sampai 7% setahun. Tapi bagi sesiapa yang meyimpan emas sebagai WEALTH PROTECTION seperti saya,tak kisah harga naik atau turun

Ada duit lebih,saya beli emas,harga naik saya senyum sebab nilai kekayaan semakin meningkat. Harga turun pun saya tersenyum sebab ini lah peluang untuk beli emas lagi pada harga yang murah. Apa pun keadaan jadilah pelabur emas yang sentiasa tersenyum.Ini saya nak kongsikan 4 perkara yag mesti diambil kira...

PERKARA PERTAMA......Asingkan duit kecemasan, Simpan emas jangka panjang.

Sebelum beli emas,asingkan dulu duit kecemasan,terbaik simpan 3 bulan pendapatan,kalau berlaku kecemasan.\,anda tak perlu jual emas ditangan anda, tapi gunakan duit kecemasan yang di simpan tadi. Saya beli emas dengan duit lebihan untuk simpanan jangka panjang.

PERKARA KEDUA......Saya beli emas guna duit hasil bisnes sendiri,duit simpanan gaji,bones tahunan dan pembayaran secara ansuran (EPP)

Pelaburan pada hakikatnya ialah untuk orang-orang yang ada duit lebih,kalau tak ada duit lebih,lebih baik berniaga berbanding melabur. Daripada duit itu dimakan inflasi,lebih baik beli emas yang pasti ia kalis inflasi. Memang ramai saya jumpa orang yang tak boleh pegang duit,dan tak boleh menyimpan secara berdisplin,kalau ada duit mesti cepat habis.macam-macam difikir untuk berbelanja. Daripada habis macam tu,mungkin lebih baik buat pinjaman (BANK) dan beli emas dapat membantu anda menyimpan secara berdisplin setiap bulan.

PERKARA KETIGA.....Beli untuk "WEALTH PROTECTION" Bukan spekulasi

Saya beli emas untuk Wealth protection (perlindung kekayaan ). Protect duit dari "dicuri" dibelanjakan diri sendiri. Protect dari inflasi dan paling menakutkan protect dari keruntuhan matawang. Emas adalah penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia daripada sebarang keadaan ekonomi sepanjang
zaman.Duit kertas yang kita simpan sangat berisiko,tengok saja ketika ringgit malaysia jatuh merudum dari Rm 2.50 untuk 1USD kepada Rm 3.50 untuk 1USD. Kalau sebelum gawat kita beli barang import Rm 25.000,lepas gawat kita terpaksa bayar Rm 35.000 untuk barang yang sama disebabkan kejatuhan matawang ringgit. Sekarang tengok apa yang berlaku kepada negara-negara yang huru hara,peperangan dan hilang kesatbilan ekonomi. Apa berlaku kepada duit kertas pada zaman jepun menjajah di tanah melayu dulu. Siapa yang sanggup terima duit kertas di panggil "duit daun pisang" ketika itu. Mungkin datuk dan nenek kita faham benar dengan situasi ini. Untuk Wealth Protection harta saya,matlamat yang saya inginkan ialah memperbanyakan kepingan (gram) emas yang saya ada .

PERKARA KEKEMPAT......Pantau harga bila perlu,sambil melabur dan berniaga

Bagi sesiapa beli emas Public Gold Rm 20.000 dalam satu resit,anda layak jadi dealer secara automatik, saya jadi dealer sebab beli emas,bukan beli emas sebab nak jadi dealer (untuk berniaga emas ). Tapi alang-alang jadi dealer, saya ambil tanggunjawab untuk pandaikan orang ramai tentang emas melalui blog dan facebooks,Saya tengok ramai orang buat kesilapan yang tak sepatutnya dalam pelaburan emas sebab melabur tanpa ilmu,ataupun termakan kata-kata penjual emas yang tak bertanggunjawab. Sebagai orang yang Allah bagi ilmu tentang emas,saya perlu bantu orang ramai melabur dalam emas secara tepat,selamat dan menguntungkan insyallah.

Bisnes emas ni boleh buat secara sambilan jer,orang ramai buka facebooks cek status (wall post ) orang lain.Kita juga guna facebooks tapi untuk bagi tip-tip mudah tentang emas. Orang lain spent masa tengok tv,kita tukarkan masa tv untuk terus belajar berkongsi ilmu tentang emas dan kewangan. Tapi bila orang lain risau turun naik harga emas dipasaran insyaallah,kita sentiasa tersenyum sepanjang masa. Harga emas naik,kita senyum sebab kekayaan meningkat,harga emas turun kita senyum sebab komisyen melambung hasil membantu orang lain membeli emas dengan mudah, Apa kata gunakan duit komisyen tadi untuk beli emas,menyimpan sambil berniaga,Emas sentiasa berada pada posisi tersenyum dan happy..Alhamdulillah.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP