google. Dikuasakan oleh Blogger.
Authorized Dealer Public Gold
Adli Yaacob 013-693 3544

Harga sebenar 1 dinar apabila membuat teknik pemurataan..

Sabtu, 26 Oktober 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Rasanya dah lama saya tak postkan maklumat yang terbaru untuk dikongsikan bersama..Alhamdulillah hari ini saya nak syer satu tip dengan anda semua,iaitu satu teknik yang dinamakan Pemurataan Emas. Teknik ini memang senang digunakan dan memang diguna pakai oleh otai-otai pelabur emas. Teknik ini saya kira paling mudah....dan amat menguntungkan kepada pelabur-pelabur.



1 dinar berat 4.25gram

Pada ketika ini harga masih rendah,inilah peluang untuk kita membeli emas secara konsisten, Ada ketika saya ada membeli pada harga tinggi,tapi saya beli aje..pantang ada duit terus beli. Kalau nak tunggu punya tunggu hingga harga rendah lagi entah bila, silap-silap tak terbeli, duit habis begitu aje. Jadi ketika harga murah ini,saya membeli terus membeli bagi memuratakan harga modal saya membeli emas pelaburan. 

Ok...mari sama-sama kita kira modal beli emas,yang mana konsep ini mudah tapi memerlukan ilmu metematik sikit.... Sekiranya anda tidak ada modal yang besar untuk membeli emas 1 dinar dengan kuantiti yang banyak, maka kat sini saya syor kan kepada anda membeli emas secara konsisten setiap bulan 1 keping emas 1 dinar.

Contoh pengiraan :

* Bulan Mei beli 1 dinar Rm 550
* Bulan Jun beli 1 dinar Rm 575
* Bulan July beli 1 dinar Rm 585
* Bulan Ogos beli 1 dinar Rm 610
* Bulan Sept beli 1 dinar Rm 630
* Bulan Okt beli 1 dinar Rm 615

* campur semua modal pembelian emas 1 dinar tadi, dan dapatkan jumlahnya, Apabila dapat jumlahnya dibahagikan berapa keping emas 1 dinar tersebut...akan keluarlah jumlahnya..

(550+575+585+610+630+615) = Rm 3565 / 6 keping = Rm 594 untuk setiap keping.

Mudah kan...., itu baru 6 keping, kalau banyak ..macam dibawah ini...


pembelian secara konsisten

Jadi, jika pada harga rendah ini anda beli secara banyak,maka anda juga boleh mengurangkan modal ketika membeli pada harga tinggi. Apa yang akan berlaku sekiranya anda menyimpan emas 100 keping 1 dinar dengan harga yang murah pada tika ini..berapa kah pulangan yang anda dapat pada tahun.......?

Insyaallah tidak mustahil perkara ini boleh berlaku...

Sekiranya anda mendapat pencerahan,dengan apa yang saya ceritakan..ayuh jangan tunggu lagi,mulakan langkah pertama anda untuk membina masa depan keluarga, anak-anak dan cucu kita,jangan menyesal apabila kesenangan berlalu pergi begitu saja,tanpa kita memgambil kesempatan ruang dan peluang yang sudah terhidang didepan mata,tapi semua itu terpulang pada diri anda dan pilihan ditangan anda...

Ok lah saya rasa cukup untuk setakat ini dulu..apa yang saya harapkan anda akan mendapat pencerahan dengan apa saya ceritakan...izinkan saya menjadi introducer anda Mohd Adli Yaacob PG 032802 untuk berkongsi ilmu pelaburan emas fizikal...

Sekiranya anda belum memahami konsep pelaburan ini, dan ingin bertanya tentang pelaburan emas fizikal boleh lah hubungi saya melalui sms/tel/fb bila-bila masa saja,saya sedia membantu..

013-6933544 Adli Yaacob
FB Adli Yaacob
Admin Jongkong TenteraEmas 


Yang Baik Datang Dari Allah Swt,Yang Buruk Adalah Kelemahan Diri Saya Sendiri

Wallahu "alam




Read more...

Perbezaan meteliti orang simpan emas dengan orang simpan duit kertas

Rabu, 16 Oktober 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.....

Alhamdulillah kesempatan ini saya nak syer dengan anda semua, perbezaan antara orang simpan emas dengan orang simpan duit...bukannya saya kata simpan duit tu tak bagus,duit adalah keperluan seharian kita untuk urusan itu dan ini..cuma kat sini saya ingin katakan..tukar duit kepada emas...ada kebaikkannya.


Antara duit dengan emas

Mengapa orang suka menyimpan duit/wang kertas lambat jadi kaya...bukan tak boleh kaya,cuma saya katakan lambat kaya...

1. Ada duit simpanan tapi sering berbelanja...
* dari kecil kita diasuh atau diajar untuk berbelanja,ada duit sikit terus berbelanja.contohnya..anak.. ambil duit,nanti pergi beli aiskrim ya...macam-macam lagi la...cuba anda imbas kembali kenangan, berlaku tak pada diri anda? saya  pun tak terkecuali...semua itu dari kecil kita diajar macam tu...

2. Bila ada duit sikit ramai rakan-rakan atau siapa saja datang nak pinjam duit...lebih-lebih macam tentera yang baru berpencen memang banyak berlaku...dan kita mesti pandai protect duit, kalau tak......
* Mustahil kalau orang tak pernah pinjam duit anda walau sekadar Rm1 pun..mesti ada kan..?

3. Ada duit lebih labur pada tampat yang salah..jangan guna formula 4D ( DUDUK DIAM DAPAT DUIT )
contoh..skim cepat kaya,MLM,lintah,cacing dan banyak lagi..skim-skim di malaysia.
* Memang ramai kawan-kawan kita terpesona kalau diajak masuk skim cepat kaya,tak payah susah-susah kerja...sebenarnya bukan cepat kaya sebaliknya cepat miskin..tipah tertipu bang..hahaha...kasihan

Perbezaan dulu dan sekarang

4. Simpan duit banyak-banyak tapi nilainya semakin turun..aduh...kalau dulu Rm 50 banyak dapat barang tapi sekarang...Rm50....??? anda tahu jawapannya................
* Percaya tak anda..,contoh 10 tahun lepas dengan Rm100.000.00 kita dapat membeli sebuah rumah teres conner lot macam saya beli di kota bharu dengan harga Rm84.000.00.Tapi sekarang apa yang boleh buat dengan Rm100.000.00..agak-agak anda, ada lagi tak rumah teres conner lot yang berharga Rm84.000.00 sekarang? nak dapat rumah teres sekarang pun, dah melebihi Rm100k...cuba pandang kehadapan macam mana zaman anak cucu kita esok...wallahu'alam.

Pilihan di tangan anda??

Baik.... kita lihat orang yang simpan emas cepat kaya dan berjaya...

1. Sekiranya anda menyimpan emas automatically dalam mindset mesti simpan emas,bila simpan emas,otak kita akan memproses apa yang perlu dibuat bila dapat emas...mesti sayang, kena simpan sebab itu emas kita. 

2. Ada tak orang datang jumpa kita nak pinjam emas..? mat kawe nak pinjam emas demo sikit boleh...nanti kawe bagi balik la....pernah tak anda mendengar perkataan itu? seumur hidup saya selama ini, memang tak pernah dengar,tapi kalau orang nak pinjam duit memang selalu dengar..last sekali liat nak membayar balik...Sebab itu orang  yang menyimpan emas boleh protect kekayaan tidak membazir tak tentu pasal..

Kelebihan menyimpan emas dan dinar berbanding wang kertas.

Sebagai contoh, seorang kawan saya,memang pandai protect kekayaan dari duit kertas ditukarkan kepada emas yang semua orang maklum emas dan perak sejenis logam yang kalis inflasi Anda tahu kenapa?


Dengan langkah pertama encik rosli membuat pembelian terus menjadi agen public gold.


Resit pembayaran untuk pelaburan emas fizikal

* Kerana emas ialah kekayaan yang sebenar.
* Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa sederhana dan panjang.
* Nilai wang kertas sentiasa jatuh didalam jangka masa panjang.
* Aset yang unggul
* Ia tidak boleh dimanipulasikan (cetak dan dibuat semula )

Ok la... saya rasa cukup setakat ini dulu perkongsian ilmu tentang emas..kepada encik Rosli saya mengucapkan tahniah kerana dapat protect kekayaan daripada duit kertas menjadi emas dan selamat datang ke rangkaian jongkong tenteraemas.
kepada yang ingin membeli emas pelaburan fizikal dan berkongsi pendapat boleh hubungi beliau.

ENCIK ROSLI BIN ABD RAHMAN
013-3990242 
Port dickson,seremban
negeri sembilan.


Sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh hubungi saya melalui tel/sms/fb.

013-6933544 Adli Yaacob
Fb (adli yaacob)
Admin Jongkong TenteraEmas.


Yang Baik Datangnya Dari Allah swt,Yang Buruk Adalah Kelemahan Diri Saya Sendiri.

Wallahu "alam




Read more...

Teknik dan rahsia tokey kedai emas

Selasa, 15 Oktober 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kesempatan masa terluang ini, ingin saya berkongsi rahsia tokey-tokey kedai emas yang kaya dan berjaya...saya pernah terfikir macam mana tokey-tokey kedai emas menjalankan perniagaan..masih saya ingat ada satu kadai di kota bharu masa saya kecil sampai sekarang masih lagi berniaga..woww boleh tahan juga bisnes dia...lama sungguh bertahan...hebat..hebat..

 ramai pelanggang dan pilihan



Baik...Mari kita kongsikan rahsia dia..
Secara amnya ramai di antara kita tidak tahu kenapa tokey-tokey kedai emas yang kaya dan berjaya....
sebenarnya tokey-tokey kedai emas ini mengamal formula 3P iaitu PENYIMPAN,PELABUR,PENIAGA.
Mereka menyimpan emas (Stok barang kemas) kemudian mereka bertindak sebagai pelabur dengan membeli emas semasa harga rendah dan mengaut keuntungan bila harga emas pasaran naik dan bertindak menjual emas tersebut pada pelanggang.


emas pilihan hati

Tokey-tokey kedai emas ini ibarat sambil menyelam minum air,mereka menyimpan,melabur sambil berniaga,maksudnya mereka menyimpan sesuatu benda/barang untuk kepenting mereka sendiri,malah nilai benda yang disimpan sentiasa meningkat disamping menjualnya kepada orang ramai jika ada permintaan.

Kebanyakkan kita bercita-cita untuk menjalankan perniagaan sendiri,waaima menjual air tebu ditepi jalan sekali pun atau apa saja perniagaan,kita sering mendengar menyatakan 9/10 rezeki kita adalah dari perniagaan,namun tidak ramai yang mampu menikmatinya atas pelbagai alasan.

Ramai dikalangan kita yang mencari jalan mudah,ringkas dan cepat,mereka cukup taksud dengan konsep 4D (duduk diam dapat duit ) itu prinsip orang yang malas untuk memulakan langkah pertama. Sebenarnya berniaga ni,orang yang berkerja makan gaji macam saya pun boleh berniaga dan tak ada alasan..asalkan ada kemahuan disitu ada jalan..boleh buat secara part time janji tidak menggangu tugas hakiki kita.

Setahu saya la...tiada seorang pun jutawan malaysia yang mencapai tahad jutawan dengan cara mudah dengan megamalkan konsep 4D. untuk mencapai status jutawan ada masa jatuh bangunnya..semua itu akan bersandarkan kepada pengalaman..dan tahu selok belok teknik-teknik yang betul sebelum menjalankan perniagaan.Bagi saya sebelum kita menyertai mana-mana peluang perniagaan dan pelaburan selidik dulu dan carilan ilmu dahulu.Jangan dengar janji-janji manis dari mana-mana syarikat tanpa selidik dan mengkaji macam mana urusan perniagaan dijalankan.

Sebenarnya kita boleh ikut cara atau formula 3P yang diamalkan oleh tokey-tokey kedai emas iaitu,ada masa jadi kita jadi Penyimpan ada masa jadi Pelabur dan ada masa kita jadi Perniaga.Erti kata lain formula 3P  ialah menyimpan sesuatu barang/benda yang sentiasa nilainya meningkat,kemudian menjualnya kepada orang lain bila ada permintaan..inilah yang dikatakan kuasa emas.

Benda atau barang yang semua ketahui emas fizikal adalah emas yang tiada tarikh luput tidak buruk tidak reput,tapi kalau semakin lama disimpan semakin tinggi harganya...cuba ingat berapa harga emas semasa anda kahwin dulu ..ingat tak berapa harga 1 gram???

Berbalik kepada kisah tokey kedai emas tadi,kalau emas yang mereka miliki tidak terjual sekalipun,mereka tidak akan rugi kerana emas yang mereka miliki dianggapkan sebagai simpanan atau aset untuk masa depan yang sentiasa meningkat nilainya,sebab itu kita tidak pernah mendengar kedai emas ditutup kerana kerugian atau bankrap.

Ada yang mengeluh "Siapa nak beli emas kerana harganya yang semakin mahal "memang betul harga emas semakin mahal dari hari ke hari,namun orang tetap membelinya,samalah juga 10 tahun lalu, tetap orang mengatakan emas itu mahal tetapi orang tetap membeli juga.Perhatikan kedai emas wang chan,poh kong,habib jewell, dan banyak lagi tidak pernah tutup walaupun pelanggangnya tidak seramai di pasar malam...

Itulah serba sedikit yang saya nak kongsikan pada anda semua..rahsia tokey kedai emas..yang kaya dan berjaya..sebenarnya kita pun ada peluang berniaga emas tanpa memerlukan kedai dan perkerja...dengan menjadi pengedar rasmi public gold macam saya..tiada alasan kalau berkerja makan gaji tak boleh buat itu dan ini..hanya kemahuan mengatasi segala-galanya.

Yang Baik Datangnya Dari Allah swt,Yang Buruk Adalah Kelemahan Diri Saya Sendiri

Wallahu a"lam

Sertailah rangkaian jongkong tenteraemas.....sama-sama kita berniaga

Read more...

Ok juga kalau jadi dealer Public Gold

Ahad, 13 Oktober 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Apa macam semua..?mudah-mudahan pembaca blog saya semuanya sihat-sihat dan ceria selalu.
terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari ulang tahun kor armor diraja(KAD) yang ke 61, semoga kor armor terus menuju kejayaan...kepada warga KAD tidak mengira unit sekali pun, marilah sama-sama kita menjaga nama baik Kor Armor DiRaja yang sentiasa dihati biar disegani oleh kor-kor lain..khas dalamTentera darat amnya (GEMPUR ARMOR).


Tahniah kor armor diraja

Ok baik...disini saya nak kongsikan dengan anda kenapa saya memilih jadi dealer Public Gold..?
Tentu ada jugak orang bertanya-tanya kenapa memilih public gold sedang kan komisen kecil saja...itu sebenarnya pemikiran orang yang tidak tahu strategi sebenarnya perniagaan ini. Sebagai satu contoh saya nak ceritakan..kalau kita berniaga barang, waaima apa barang sekali pun,jika produk kita bermutu atau yang berkualiti tinggi, kita menjual dengan harga murah dari kedai-kedai lain tetapi tetap masih untung walaupun sedikit, kedai-kedai lain pun jual produk yang sama macam kedai kita tetapi harganya lebih mahal 25% dari harga kedai kita agak-agak pembeli akan memilih kedai mana??  sudah tentu kedai kita kan..begitu lah komisen kita,walaupun 1% jika tansaksi jual beli Rm100k agak-agak berapa kita dapat? pepatah orang tua mengatakan biar hujan rintik-rintik tetapi lama..maknanya kita selalu dapat untung walaupun sedikit, tetapi dalam masa panjang...kita tetap untung

Ada sebab lain lagi kenapa saya memilih jadi agen public gold

1. Ketulenan emas public gold sudah diketahui umun seluruh malaysia..dan,mempunyai sijil ketulenan atau pengesahan,Anda boleh memeriksa produk tersebut semasa anda ambil tempahan di branch public gold.Sekiranya anda seorang pelabur bukannya seorang agen anda tetap untung kerana membeli harga murah dan menjual harga tinggi.kalau anda agen macam saya,sekira nya berlaku transaksi jual beli anda akan mendapat komisen 1% dari harga semasa public gold,dan kalau menjual balik kepada public gold anda akan dapat 0.5% itu tak termaksud untung lagi...


                                                 
sijil pengesahan dealer public gold

Sebenarnya harga emas public gold lebih murah berbanding dengan harga yang dijual dari kedai emas biasa dan sekiranya menjual balik emas ke public gold,pihak syarikat mengambil harga yang tinggi sebab susut nilainya rendah 4.5% - 8% untuk dinar dan jongkong.Barang kemas pula hanya 10% aje,walaupun emas itu bengkok calar,gores dan sebagainya, ia tetap diterima oleh public gold. Disini saya sarankan pada anda yang ingin membeli emas pelaburan atau pun barang kemas boleh lah membeli di public gold.
dengan setiap pembelian Rm20k automatik anda menjadi dealer dimasa yang sama anda akan mendapat komisen 1% diatas pembelian tadi,komisen tadi akan dimasukan kedalam anda pada 20hb setiap bulan sekiranya berlaku saja urusan jual beli walaupun pembelian untuk simpanan kita sendiri.


Promosi dari 1hb hingga 31hb okt 2013 sahaja

Sekarang adalah bulan promosi bunga emas dengan setiap pembelian 100g  automatik anda menjadi dealer.anda tidak akan rugi menjadi dealer tetapi lebih menguntungkan sebab apa? sebab anda membeli harga murah dan menjual kembali dengan harga tinggi.

PILIHAN DITANGAN ANDA,SAYA CUMA MEMBERI RUANG DAN PELUANG

Ok sebarang pertanyaan boleh hubungi saya melalui tel/sma/fb (adli yaacob) saya sedia membantu anda

Yang Baik Datangnya Dari Allah swt,Yang Buruk Adalah Kelemahan Diri Saya Sendiri

Wallahu "alam
         

Read more...

perkongsian ilmu emas dan kelebihan menyimpan emas Public Gold

Rabu, 9 Oktober 2013

Assalalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Pada bulan september yang lepas saya diberi peluang oleh otai saya hj pokli untuk berkongsi rahsia tentang kebaikan menyimpan emas public gold,bukan saja murah tetapi mudah untuk kita lock harga emas dalam masa 24 jam.Banyak lagi kebaikan-kebaikan yang kita perolehi sekiranya membeli emas dari sysrikat public gold.



memberi ceramah perkongsian rahsia tentang kebaikan menyimpan emas

Ramai yang hadir untuk mencari ilmu pasal emas....sebab emas menjamin masa depan yang tidak sedikit pun dimakan inflasi...kalau sesiapa menyimpan dari sekarang walaupun sikit2 lama-lama jadi bukit kan.kalau anda ada masa kelapangan boleh lah datang keseminar-seminar pelaburan emas.pasti tidak rugi.

bersama otai pelabur emas tegar hj. pokli..sumber rujukan.

antara perserta yang hadir mendengar tentang ilmu emas 

Ok kepada siapa yang berminat mencari ilmu emas boleh lah pergi keseminar-seminar yang dianjurkan oleh pihak syarikat public gold yang berdekatan dengan kediaman anda pasti tidak rugi mendengarnya,bukanya kena bayar pun..hanya duduk atas kerusi pastu dengar aje,tak faham tanya...itu aje.andainya anda dapat pencerahan atau ada keyakinan dengan emas ini,boleh la membeli mengikut kemampuan anda,Syarikat tidak meletakkan sebarang syarat.semua itu terpulang pada anda tepuk dada tanya modal..nak beli yang kecil atau yang besar itu adalah pilihan ditangan anda..jangan lupa masuk kan saya sebagai introducer anda,saya boleh membimbing anda..insyallah.

Sebarang pertanyaan boleh lah menelefon atau sms kepada saya..untuk mendapat pencerahan...
O13 6933544 adli yaacob
facebook (adli yaacob)  

Yang baik datangnya dari allah swt,yang buruk adalah kelemahan diri saya sendiri

Allahu a"lam

Read more...

Kerana emas Public Gold....?

Selasa, 8 Oktober 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah semalam dengan kesibukkan kerja harian, kerana ada menjalani latihan bagi pertandingan ujian kemahiran menembak halangan kawad (UKMHK) peringkat 3 div, tiba-tiba saya mendapat panggilan tel dari seorang sahabat untuk saya lock kan harga emas untuk beliau harga semasa iaitu 7hb okt 2013,saya tanya nak produk apa?terkejut saya mendengarnya, ia menyatakan nak full set satu kotak emas yang pelbagai variasi dan satu kilogram perak wowww betul ke ni?macam tak percaya la pulak....betul la katanya,sebelum ni saya bawa dia pergi dengar seminar yang dianjurkan oleh pihak syarikat Public Gold cawangan senawang,mungkin sahabat saya ni, mendapat pencerahan bagaimana pentingnya kalau kita simpan emas untuk kemudian hari,


slip pembayaran emas di mybank seremban


encik nasarudin sedang memeriksa emas beliau


Alhamdulillah...Saya terus tel staff Public Gold untuk lock kan harga semasa..Apabila di buat pengiraan jumlah semua sekali Rm46.409 woww banyaknya. tahniah encik nasarudin kerana (Wealth protection) duit,kalau tak kemana duit tu pergi?..Yang penting kat sini encik nasarudin bayar harga emas,encik nasarudin dapat emas,bawa balik rumah hati pun terasa puas muka pun sentiasa tersenyum...dan sekarang ar-rahnu bank rakyat pun terima apa jenis sekali pun bentuk rupa asalkan emas, bukannya tembaga atau pun besi buruk.

Encik nasarudin sedang memeriksa no siri emas

Tapi hari ini memang memenatkan bagi saya kerana apa?kerana emas..tapi seronok dan puas dapat membantu kawan semasa memerlukan bantuan saya,lepas zohor lebih kurang jam 1400 saya,encik nasarudin dan seorang kawan lain memulakan perjalanan ke cawangan public Gold di seremban...sebenarnya kami kejar masa, kerana ada tiga perkara yang perlu diselesaikan takut tak sempat nak bawa balik emas tersebut.sampai  saja di bandar seremban pertama kena selesaikan pengeluaran duit kat bank muamalat,kedua kena bank in kan duit kat mybank,bukan sikit tu.... ketiga kena pergi ke branch public gold untuk keluarkan emas,saya dah janji,macam mana sekali pun kita mesti keluarkan emas hari ini jugak, bukan apa saya nak puaskan hati encik nasarudin,dia dah keluarkan duit banyak-banyak tapi tak dapat keluarkan emas..ishhh. ...dengan jalan pun sibuk,dimasa yang sama ada lori pula rosak betul-betul di tengah jalan..fuhh..tak apa, emas punya pasal kami redah aje.Nasib baik tak insiden langgar motor,mata saya dok perhatikan abang polis yang tengah dok menyaman kereta yang parking di tempat yang salah..tiba-tiba pandang depan aje ada motor ahhh nasib baik tak kena,kalau tak panjang ceritanya

Ok dipendekkan cerita dimasa yang sama kawan saya yang seorang lagi ni, mungkin dia pun geram tengok emas kepunyaan encik nasarudin, terus dia suruh saya lockkan dia 2 keping 1 dinar untuk beliau..terus bayar cash dapat 2 dinar fuhh,bukan main seronok encik hasnawi
.  
Encik hasnawi orang yang sentiasa tersenyum,

Begitulah kisah saya dan emas..kepada anda jangan takut dan segan silu,mula kan langkah pertama anda dengan menyimpan emas dari sekarang pasti anda akan tersenyum suatu hari nanti,kalau tak, takkan lah emak kita sanggup menyimpan emas dari dulu sampai lah sekarang ,mesti ada sebab musababnya..cuba tanya emak anda kenapa emak simpan emas??Sebenarnya dengan emas macam-macam kita boleh buat,antaranya jikalau nak kenduri kahwin tak cukup duit untuk buat majlis, anak nak masuk universiti macam-macam lagi lah...fikir-fikir kan lah rugi tak kalau kita simpan emas????

Saya rasa cukup sekadar ini saja dulu, dilain masa sekiranya ada ruang dan peluang dengan diizinkan allah saya sambung lagi dengan tajuk-tajuk berbeza...sekian

Yang Baik Datangnya Dari Allah swt,Yang Buruk Adalah Kelemahan Diri Saya Sendiri 

Allahu a"lam


Adli yaacob
agen rasmi public gold
Fb :Adli Yaacob
Tel :0136933544

Read more...

X-plan :Trade in emas lama kepada emas Public Gold

Sabtu, 5 Oktober 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Alhamdulillah pada hari ini saya nak syer kepada anda semua, satu lagi perkhidmatan yang disediakan oleh pihak syarikat Public Gold yang mana untuk kemudahkan kepada kita semua yang tanpa mengeluarkan duit poket iaitu x-plan bukannya x-man.




Tidak kira apa bentuk sekali pun asalkan emas boleh buat x-plan


Apa yang dikatakan x-plan ialah tukar emas lama kepada yang baru apa jenis sekali pun sama ada ia kemek putus bengkok atau sebagainya asalkan barang itu emas boleh ditukarkan kepada emas Public Gold. Syarikat Public Gold akan membeli dan menerima sebarang bentuk emas yang anda ada.Tak kira ia masih elok atau tidak asalkan emas 999.9 atau 916 bukannya emas yang disudur atau dicelup.Pihak Syarikat Public Gold akan membeli emas tersebut dengan harga tertinggi berbeza dengan harga kedai-kedai emas biasa yang lain.


surat pengesahan dari Public Gold untuk urusan x-plan


Caranya senang dan mudah sahaja,anda bawa emas lama anda ke cawangan Pubic Gold yang mempunyai 18 cawangan di seluruh malaysia dan carilah yang berdekatan dengan kediaman anda.
Kemudian Staf Public Gold akan lihat emas tersebut,dan ianya akan ditimbang untuk dapatkan beratnya dan nilaikan emas anda tadi.Selapas itu mereka akan buat pengiraan harga emas tersebut. Sekiranya anda bersetuju dengan harga yang ditunjukkan oleh staf itu,boleh lah anda teruskan dengan proses trade in tadi.

Sekiranya staf Public Gold bertanya kepada anda,dari siapa anda dapat tahu boleh buat x-plan atau trade in di Public Gold? jangan segan silu bagitahu saja nama saya, 
INTRODUCER PG032802 MOHD ADLI YAACOB pasti staf tak akan bertanya lagi.

Setelah dipersetujui dngan harga tersebut anda boleh lah membuat perkiraan untuk memilih emas apa yang dihajati oleh anda..tapi nasihat saya cari lah emas yang susut nilai yang paling rendah sekali berpandu pada harga emas yang telah anda trade in tadi,kalau niat dihati nak pilih jongkong emas anda pilih lah jongkong emas,kalau anda berminat dengan dinar pilih lah dinar..semua itu terpulang kepada anda tepuk dada tanya modal....

Sebanarnya ada yang lebih menarik lagi tentang x-plan / trade in di Public Gold ini. Kalau anda trade in emas lama dalam satu resit atau satu transaksi dalam harga/nilai Rm 20k atau lebih secara automatik anda akan jadi dealer iaitu agen Public Gold yang sah..mudah kan dan sekarang pada bulan okt 2013 adalah bulan promosi untuk jadi agen hanya membeli emas bunga raya seberat 100 gram..ini adalah peluang untuk anda menukar emas lama kepada emas bunga raya keluaran emas Public Gold.

Ok mudahkan tapi semua itu terpulang dan pilihan di tangan anda,saya cuma bagi jalan iaitu ruang dan peluang untuk anda mengubah segala-galanya,sekiranya anda berminat untuk mengubah hidup anda dari yang biasa-biasa menjadi luar biasa bermula lah sekarang..kita tak akan berjaya tanpa langkah yang pertama.

Saya rasa cukup sekadar ini saja perkongsian saya dengan anda..dan izinkan saya menjadi intruducer anda PG 032802 mohd adli yaacob sekiranya anda berminat dengan x-plan dan pergi sendiri ke branch Public Gold berdekatan dari kediaman anda untuk membuat pertukaran emas lama kepada emas baru..

Sebarang petanyaan boleh lah tel/sms/fb kepada saya,saya sedia berkongsi dengan anda...
013693354 adli yaacob
Fb ( adli yaacob )


Yang Baik Datangnya Dari Allah swt,Yang Buruk Adalah Kelemahan diri Saya Sendiri...

Wallahu a"lam



Read more...

Kakitangan awam disarankan menyimpan emas fizikal

Jumaat, 4 Oktober 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Rasanya sudah lama saya tak menulis blog,maklum lah dengan kesibutkan tugas hakiki yang tak dapat dielakkan, dan dengan adanya masa yang terluang dan peluang ni saya nak syerkan lagi dengan anda bagaimana pentingnya kita seperti saya seorang penjawat awam membuat simpanan emas untuk membuat bekal bila dah berpencen kelak.

Pendedahan oleh timbalan menteri dijabatan perdana menteri Datuk Liew Vui Keong mengenai ramai penjawat awam dibelenggu masalah hutang yang serius menjadi topik hangat suatu ketika dulu. Tidak mustahil ianya masih berlaku pada hari ini.




Ramai kakitangan awam yang membuat potongan melebihi 60% dari gaji mereka,disebabkan macam-macam yang mereka perlu membayar. Ini belum diambil kira hutang mereka dengan along,pinjam dengan kawan dan lain -lain lagi yang tidak ditunjukan dalam slip gaji,kalau dikira dengan jumlah ini pasti lebih membimbang kan lagi.

Dalam kehidupan yang serba moden ini,semua orang ada mempunyai hutang,hutang beli rumah,kereta,perabut dan lain-lain lagi termasuk juga lah hutang beli telefon bimbit..aduh..macam-macam..
Contoh : Seorang kerani membeli kereta yang agak mewah tidak sepadan dengan pendapatan,bukan saja dibebani hutang dengan bayaran bulanan,kos minyak yang sekarang dah naik 20 sen,kos penyelengaraan yang agak tinggi, tukar aksesori kereta yang agak nampak mewah...pepatah dulu menyebut...,Biar pape asal bergaye,  pepatah ini memang tak boleh pakai langsung dengan peredaan masa keadaan dan ekonomi sekarang. Apa salah nya jika membeli kereta yang mampu milik atau yang sederhana dimana kos petrol dan penyelengaraan yang lebih rendah...yang mudah difahami lagi ukur baju pada badan sendiri.

Allahyarham Y.Bhg Dato salleh majid mantan pengerusi bursa saham malaysia pernah mengingatkan pada kakitangan awam supaya membeli emas sebagai simpanan dari mereka membeli benda-benda yang tidak boleh menambahkan aset untuk simpanan hari tua esok.

Ayuh kawan-kawan seangkatan dengan saya, adik-adik,kakak-kakak dan abang-abang marilah kita sama-sama memulakan membuat simpanan emas yang tidak akan merugikan tapi yang pasti akan mengutungkan dimasa hadapan.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan bagaimana untuk memulakan membuat simpanan emas bolehlah menghubungi saya melalui tel/sms atau facebook
0136933544 (adli yaacob )
Fb: adli yaacob

Yang Penting Beli Emas Public Gold Harga Yang Jauh Lebih Murah Dari Kedai-Kedai Biasa

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP