google. Dikuasakan oleh Blogger.
Authorized Dealer Public Gold
Adli Yaacob 013-693 3544

Selamatkan duit simpanan kita kepada emas....

Selasa, 31 Disember 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana diberi peluang dan ruang lagi kepada saya untuk berkongsi lagi tentang rahsia ilmu emas..ini. Sebelum itu saya mengucapkan selamat tahun baru dan azam baru kepada pembaca blog saya yang tak seberapa ini..semoga apa yang saya nak kongsikan ini mendapat sedikit pencerahan untuk renungan kita bersama...

Kita pun sedia maklum tahun 2014 banyak cabaran yang akan mendatang terutama sekali barang-barang keperluan semua naik harga...nak tak nak terpaksa kena beli jugak..itu naik ini naik cukup ke dengan gaji kita sekarang????. untuk itu kita terpaksa mencari jalan alternetif untuk menjamin kesejahteraan keluarga kita,jangan sampai nak beli susu anak pun dah pening kepala,itu baru susu belum yang lain lagi....

Memang betul ada setengah orang..mungkin sudah mencukupi dengan gaji yang sedia ada,cukup makan dan cukup pakai, kira dah ok lah.....itu zaman kita,tapi zaman anak-anak kita nanti macam mana...?tak kan nak biarkan begitu saje..macam kita sekarang...harga rumah sekarang pun fuhhh...kalau tak ada 100k keatas jangan harap lah nak memilikinya..mungkin ada setengah orang cakap..alah...buat potongan gaji,tapi kalau dah buat potongan gaji,berapa bakinya nanti, cukup ke untuk menampun kos sara hidup yang semakin tinggi....

agak-agak tahun 2014 macam mana ya???

Ramai daripada kita yang membuat simpanan tiap-tiap bulan,tapi duit simpanan yang kita buat selalu bocor,tak boleh tengok barang berkenan sikit, terus nak beli tanpa berfikir dulu..nak simpan memakan masa,sekali bocor sekejap aje..itu lah penyakit bila simpan duit termasuk lah diri saya,tetapi sekarang tidak lagi...sebab saya dah dapat ilmu iaitu celik emas..buat simpanan emas.

Tapi bagi orang yang bijak pandai dan yang tahu bagaimana nak protec duit tadi, dia akan menukar dari duit simpanan kedalam bentuk emas kerana ia lebih selamat dari kebocoran,sebab emas ini adalah megnet kekayaan dan nilai wang sebenar yang saya sendiri pun susah nak terangkan...kalau anda ada emas ditangan sekarang pasti anda dapat rasakan nya...

Sekali anda pegang emas,anda rasa nak beli (memiliki) sekali beli rasa nak kumpul banyak lagi,bila nak pakai duit rasa sayang nak jual,sekiranya terjual sekali pun,biasanya kita cari duit untuk beli emas lagi...itu lah kuasa emas...kalau tak percaya anda boleh cuba beli yang paling kecil dulu iaitu 1 dinar berat nya 4.25 gram..pasti anda akan merasakan auranya......

Sekiranya kalau simpan duit dalam bentuk tunai (akaun bank ) otak kita asyik fikir nak berbelanja,nak beli itu dan ini,tukar itu dan ini....macam-macam lagi,sekali belanja.duit itu terus hanyut....habis begitu saja,susah payah ada yang makan tahun last-last habis begitu saja...Untuk pastikan duit itu bertahan,selamatkan duit simpanan kita dan tukarkan kepada emas,pasti akan lebih selamat...

Pilihan ditangan anda...

Oleh itu mari lah kita sama-sama bergotong-royong mengembalikan wang sebenar kita, dalam sunnah yang disandarkannya adalah emas dan perak yang telah disebut dalam al-quran dan hadish,untuk itu tukarkan simpanan wang fiat anda kepada bentuk emas dan perak sebagai pelindung nilai dan mencegah kebocoran wang,dan juga mengupayakan diri dari zakat dan infaq bersama dan juga mertabatkan ekonomi umat islam.

erti kata sebenar dalam islam
Dalam Al-quran ada menyebut:

Sesungguhnya Allah akan memasukan orang-orang beriman dan beramal soleh kedalam syurga yang mengalir dibawahnya pada beberapa sungai,mereka dihiasikan disitu dengan gelang-gelang emas dan mutiara,dan pakaian mereka disitu dari sutera (surah Al-hajj ayat 23).

Dijangka akan berlaku..Apa tindakan anda??

Akhir kata diharap perkongsian kita pada hari ini sedikit sebanyak anda mendapat pencerahan tentang ilmu emas ini..Ambil dan buat lah langkah pertama untuk mengubah corak hidup keluarga anda..mulakan dan tanam kan azam pada tahun baru ini untuk memulakan membuat simpanan emas secara konsisten biar pun secara sikit-sikit tetapi hakikatnya anda seorang yang bijak...

Sekiranya anda ingin bertanya atau berkongsi rahsia tentang ilmu emas, boleh hubungi atau sms kepada saya.dan sikiranya anda sudah bersedia untuk memiliki emas fizikal,anda boleh pergi ke branch Public Gold berhampiran kediaman anda yang penting jangan lupa jadikan saya intruducer anda,saya sedia membantu anda...supaya kaya dan berjaya...

Sesungguhnya Yang Baik Datangnya Dari Allah Swt, Yang buruk Adalah Kelemahan Diri Saya Sendiri

Admin Jongkong TenteraEmas
Fb Adli Yaacob
Tel: 013-6933544





Read more...

Harga emas USD per oz tukar pada harga emas Rm pergram

Jumaat, 13 Disember 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah dikesempatan ada ruang dan peluang ini, ingin sekali lagi saya nak berkongsikan sedikit ilmu pelaburan emas fizikal,bagaimana cara untuk anda membuat pegiraan harga emas Usd per oz kepada Rm 1 gram,Tapi terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana sudi membuka laman blog saya yang tak seberapa ini..
Diharap anda dan orang-orang tersayang sentiasa dirahmati Allah swt.
Sebenarnya sudah lama saya tak post kan atikal2 yang terbaru,bukan apa...banyak kerja2 yang perlu disiapkan, apabila amanah diberi kepada saya,terpaksa saya lunaskan..tugas hakiki perlu diutamakan dulu...bila kerja makan gaji nak tak nak terpaksa buat betul tak?



bersama teman seperjuangan di hotel sama-sama KLIA


Ok kali ini saya nak kongsikan dengan anda bagaimana dan cara kita membuaat pengiraan harga emas dunia,diharap anda akan faham dengan apa yang saya nak ceritakan. Sebenarnya anda perlu tahu sekiranya anda seorang pelabur atau baru nak mulakan pelaburan atau apa saja,supaya kita tahu harga sebenar emas antarabangsa.

Sebenarnya harga emas dipasaran antarabangsa didagangkan dalam matawang US Dollar dengan berat asas dangangannya dikira "Troy per oz"..dan Troy per oz adalah unit untuk semua jenis logam berharga (percious metel ).dimana untuk setiap 1 Troy per oz bersamaan 31.1 gram.

Laman web kitco

Cara pengiraannya begini..Jika harga emas dipasaran antarabangsa $1144.60 per oz,bermakna harga emas ketika ini adalah $1144.60 Us Dollar untuk setiap 1 troy oz. Ok untuk mendapatkan harga dalam Ringgit Malaysia untuk setiap gram...pengiraan seperti berikut..

* Dapatkan harganya untuk setiap gram dahulu dan caranya adalah..
Harga sekarang bahagi berat 1 Troy per oz ($1144.60 bahagi 31.1 = $36.80.
*Selepas itu kira kadar tukaran harga 1 gram emas dalam matawang Dollar tadi kepada Rm,,caranya
$36.80 x rm 3.20 (1 Us = Rm 3.20 ) = Rm117.76 (harga 1 gram emas dipasaran antarabangsa)

Untuk maklumat anda semua,harga diatas adalah harga asas dagangan atau dikenali juga sebagai "harga spot atau juga dikenali harga emas mentah" dan ianya tidak merangkumi kos-kos sampingan yang terlibat bagi menghasilkan emas dalam bentuk fizikal...

Sebagai contoh..Pak ali adalah seorang perniaga emas yang terkenali dan mempunyai banyak cawangan,dan syarikatnya membeli bekalan emas daripada pengeluar pada harga spot antarabangsa iaitu Rm 117.76, kemudian syarikatnya memproses menjadi emas berbentuk gold bar barang kemas dan sebagai nya,dengan kos yang terlibat untuk memproses dari awal sehingga siap. Setiap gram kosnya Rm15.00 bersamaan pertambahan kos sebanyak 8% dari harga kos asal bahan mentah. kos tambahan ini juga dikenali sebagai kos premium.

Bermakna Syarikat pak ali akan menjual emas itu kepada pelanggan pada harga harga spot + 8% kos premium. (Rm 117.69 + Rm15.00 = Rm132.69 pergram.Biasanya kenaikan harga emas bergantung kepada syarikat untuk mengenakan cas tambahan ada sehingga 25% sebagai kos premium itu belum masuk kos upah tukang lagi mengikut design, itu yang yang membuatkan harga jualan lebih tinggi.

Tetapi bila mereka membeli dari pelanggan,mereka hanya akan mengambil kira harga asas bahan mentah sahaja iaitu spot price belum dikira kecacatan rupa bentuk emas tersebut.

Graf menunjukan peningkatan harga emas untuk tempoh 10 tahun

Walau bagaimana pun nasihat saya,sebelum membuat pelaburan emas,buat lah dulu perbandingan antara syarikat2 pelaburan yang mana harga emas yang paling murah,dan syarat-syarat yang munasabah.yang pasti pelaburan emas ni tidak rugi sekiranya anda mempunyai ilmu di dada.

Harga emas ada masa naik dan turun

Kalau anda ingin melabur dan ingin mendapat keuntungan dengan cepat,pelaburan emas bukan lah tempatnya..tapi pelaburan emas ini adalah sejenis pelaburan jangka sederhana dan panjang..

Emas dan anda
*Anda simpan.......untung
*Anda gunakan.....lebih untung
*Anda berniaga.....paling untung

Akhir sekali..Pelaburan emas fizikal dengan cara yang betul tidak akan merugikan,walaupun pada ketika harga emas sedang menurun,selagi emas masih lagi ditangan kita dan belum terjual,jadi untuk mengelakkan supaya tidak rugi,,anda dinasihat jangan jual selagi harganya terus menunjukkan penurunan,tapi pada pelabur yang bijak sebaliknya kita membeli lagi untuk membuat penambahan simpanan aset kita untuk masa hadapan.Itu saja dari saya semoga anda mendapat sedikit pencerahan dan ilmu..

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya melalui sms,tel atau Fb 

Yang Baik Datang Nya Dari Allah swt..Yang Buruk Adalah Kelemahan Diri Saya Sendiri..

Wallahu "alam

Dari Admin Jongkong TenteraEmas
Fb Adli Yaacob



Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP