google. Dikuasakan oleh Blogger.
Authorized Dealer Public Gold
Adli Yaacob 013-693 3544

Tahukah anda kenapa saya memilih emas untuk simpanan saya

Khamis, 29 Ogos 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabat semua.....


1. Emas adalah lambang:  kekayaan, kekuasaan, kecantikan & kemenangan

Selagi logam itu adalah emas tulen walaupun tidak mempunyai kad/sijil ketulenan, ianya tetap laku walaupun di mana jua kita berada, hatta di zaman mana sekali pun. Sejak dari zaman Firaun dahulu kala lagi, emas tetap menjadi idaman rebutan dan sentiasa bernilai sehingga kehari ini cuma kesempatan dan tindakan yang perlu kita ambil apabila ada ruang dan peluang di depan mata iaitu membuat simpanan emas dari sekarang semoga kita tidak menyesal di kemudian hari.


Tahukah anda emas diuji menggunakan mesin densimeter seperi dibawah,mana-mana kedai emas mana sekali pun semua mengguna mesin ini.

Menguji ketulenan emas PG menggunakan mesin Densimeter
Gambar: Credit to Wazir Tokey Emas

Densimeter seperti di atas ada disediakan di semua 18 branch PG di seluruh Malaysia. Densimeter boleh digunakan untuk menguji ketulenan emas. Jadi, setiap kali anda collect emas di PG, anda boleh uji ketulenan emasnya. Mesin ini sama seperti yang terdapat di Habib Jewel dan Arrahnu. Hmm...tetiba saya terfikir...ketika anda membeli emas di kedai emas tradisional, pernahkah anda menguji ketulenannya?? Boleh pulak beli tanpa banyak soal tu :)


2. Emas: Aset unggul yang diterima di seluruh dunia pada bila-bila masa

Sumber mengatakan Pelarian Vietnam melarikan diri daripada ketidakstabilan politik negaranya dengan membawa sejumlah emas. Maksudnya mereka menukarkan segala harta milik mereka seperti tanah, ternakan dan rumah ke bentuk emas fizikal lalu membawanya berlayar. Mereka merantau mengikut arah tiupan angin. Di mana mereka terdampar di situlah mereka memulakan hidup baru dengan menukarkan emas mereka dengan duit negara di mana mereka terdampar.


Emas Vietnam iaitu sebuah Negara Dunia Ketiga ini tetap laku di negara maju!

Fakta tambahan:

Matawang di sesebuah negara, hanya confirm sah laku di negara asal selagi kerajaan asalnya masih memerintah. Selagi kerajaan asalnya masih berkuasa, matawang itu akan terus laku. Ketika British memerintah tanah melayu, matawang kertas Straits Dollar digunakan, namun apabila Jepun memerintah 'kertas' itu tidak lagi laku. Kemudian British datang balik, wang kertas pisang jepun pula tidak laku.

Straits Dollar yang SAH LAKU di Tanah Melayu pada sekitar tahun 1904-1939


     Wang Pisang Jepun - Laku / Bernilai hanya ketika zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu sahaja!
Jepun menjajah tanah melayu sekitar tahun 1942-1945...3 tahun sahaja tu!

Wang Malaysia dulu-dulu. Masih laku ke di Malaysia?

Perhatikan tulisan pada wang kertas ini...
"Wang kertas ini SAH diperLAKUkan dengan nilai"

Adakah RM kita akan terus laku suatu hari nanti? Tepuk dada, jawablah menggunakan logik dan fakta sejarah ini. Mempelajari Sejarah ini penting kerana dengan mempelajari Sejarahlah baru kita tahu di mana titik permulaan kita bermula. Jika kita tahu dari mana kita bermula, kita mungkin merasakan kita bergerak ke hadapan, tetapi realitinya kita balik ke titik asal! Oleh itu, jom kita sama-sama mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran negara kita yang tercinta, Malaysia ini. 

Emas Public Gold, walaupun tercalar,  tergores,bengkok,kemek atau sumbing sekalipun, ianya tetap bernilai. 
Kalau duit kertas kita terkoyak adakah ianya masih bernilai?


Ok sahabat mari kito pakat pikir sama-sama,agak-agak simpan emas ni rugi ke untung dalam jangka masa panjang??

Read more...

Bagaimana nak join ni???Berapa modal nak mula???

Rabu, 28 Ogos 2013

Soalan pertama bagi mereka yang masih samar-samar tentang emas......

Assalamualaikum dan salam sejahtera...,

Dulu saya pernah dapat satu soalan dari seorang rakan "macamana nak join emas ni"dengan nada yang sinis,mungkin dia menganggap saya buat MLM, saya pun senyum-senyum sajalah dan juga beberapa orang yang bertanyakan tentang emas fizikal ni, jadi saya rasa masih ramai yang samar-samar tentang emas ni. Malah saya yakin masih ramai lagi di luar sana yang masih tidak sedar akan kepentingan simpanan emas yang boleh melindungi kekayaan atau harta kita.

Bermain dengan emas ada beberapa perkara yang anda perlu berhati-hati, pastikan anda beli emas dapat emas. Emas yang anda miliki adalah tulen dan pastikan juga bukan skim pelaburan emas yang menjanjikan pulangan setiap bulan. Berikut adalah perbezaan jual dan beli emas di malaysia:

Skim pelaburan emas-    Menjual emas dengan harga yang tinggi dari pasaran dan menjanjikan pulangan tetap setiap bulan, kemudian beberapa bulan kemudian anda diminta menjual balik kepada mereka. Ini yang terjadi kepada pelabur-pelabur emas pada tahun-tahun lepas. Semasa mereka menjual emas kepada syarikat tersebut, emas tersebut diambil dan dikatakan akan membayar dalam masa seminggu,tetapi pada waktu itu mereka semua lesap..Siapa yang rugi???

Kedai Emas-    Menjual emas dalam bentuk barang kemas,terdapat juga dalam bentuk jongkong emas,dan harga mereka lebih mahal dari Public Gold. Mereka menjual pada harga mahal dan membeli pada harga murah di sebabkan susut nilai dia tinggi. Kebiasaanya mereka membeli balik emas dari 20%-30% lebih murah dari harga semasa bergantung pada kedai tersebut. Jongkong emas tidak boleh dibuka cover,malah jika bengkok,goris, calar mereka tidak akan menerima emas tersebut..kalau anda ada masa terluang anda boleh bertanya sendiri pada kedai-kedai emas dimana-mana sahaja.

Public Gold-    Menjual jongkong emas,dinar dan barang kemas.Public Gold menjual pada mengikut harga semasa dan dikemaskini setiap 20 minit. Public Gold membeli balik emas dengan susut nilai yang rendah antara 4.5%-8% dengan harga semasa kecuali barang kemas 10%. Harga semasa berdasarkan laman web mereka sendiri (www.publicgold.com.my ) on line 24 jam. Malah emas tersebut tetap diterima walaupun bengkok,goris,calar asalkan berat emas tersebut tetap sama.

Mari lah kita sama-sama membeli dan menyimpan emas untuk menjana keuntungan masa depan melalui emas ini.Sedang kan orang-orang tua kita dulu secara tidak sedar menjana keuntungan melalui EMAS

"wallahu alam"      

Read more...

Apa tindakan anda kalau harga emas???

Selasa, 27 Ogos 2013

Pelaburan Emas – Hanya Orang Kurang Bijak Tidak Bertindak


Pelaburan emas? Masih relevankah?
Kenapa masih ada yang tertanya-tanya tentang pelaburan emas? Sedangkan ia sudah jelas menjadi sebahagian daripada pelaburan yang memberikan keuntungan kepada setiap pelaburnya.
Tetapi majoriti daripada kita masih lagi teragak-agak untuk bertindak membeli sekurang-kurangnya 1 jenis emas.
Mereka lebih cenderung menggunakan duit untuk membeli sesuatu yang berlandaskan nafsu. Yang akhirnya membawa bencana kepada diri dan sia-sia.
Harga Emas Naik RM503 Untuk 1 Gram Menjelang 2020
harga emas dijangka naik tahun 2020
Berikut ada satu kenyataan menarik yang diumumkan oleh Standard Chartered Bank mengenai harga emas.
Menurut satu laporan yang sahih, harga emas dijangkakan akan meningkat kepada AS$5,000 seauns. Ini bermakna harga bagi satu gram emas adalah dalam lingkungan RM503. Peningkatan harga ini dianggarkan akan berlaku pada tahun 2020.
Mengapa berlakunya peningkatan yang ketara ini?
Semuanya disebabkan oleh permintaan kukuh dari dua negara yang mempunyai penduduk paling ramai di dunia, yakni China dan India.
Dalam masa sama, sepanjang tahun 2011, harga emas naik sebanyak 10 peratus. Malah mencecah pada paras tertinggi iaitu RM194 untuk harga 1 gram emas.
Sekali lagi, bagaimana peningkatan ini boleh berlaku?
Menurut sumber berita yang dikeluarkan Berita Harian, ia berikutan daripada kebimbangan krisis hutang yang serius di Eropah. Dalam masa sama, pertumbuhan ekonomi di Amerika Syarikat juga tidak menunjukkan sebarang perkembangan yang baik.
Apakah Tindakan Kita?
“Ketika orang lain tidak melabur, maka itu adalah masa untuk kita melabur. Kerana pada waktu itu adalah masa pelaburan yang terbaik.”
Jika kita memiliki minda seorang pelabur yang kaya dan berjaya, kita memandang isu ini sebagai satu peluang keemasan. Ketika masyarakat tempatan teragak-agak atau menunggu masa terbaik untuk membeli emas, kita mengambil peluang untuk membelinya dalam kadar yang mampu.
Jika kita mempunyai simpanan wang yang membenarkan kita untuk membeli 1 jenis emas, maka usah ragu-ragu. Hubungi pengedar emas yang kita kenal sekarang.
Ia jauh lebih baik daripada membeli barangan-barangan perkakas rumah, atau gajet yang tidak memberikan kita nilai jualan balik yang lebih tinggi, dalam tempoh 3 hingga 5 tahun dari sekarang.
Tunggu Peluang atau Ambil Peluang?
Masa itu emas. Emas itu berharga. Jelas maksudnya sekarang.
Apabila kita bertindak hari ini, kita mempunyai satu peluang untuk mempunyai aset yang bernilai tinggi pada tahun 2020. Bayangkan kita membeli sekurang-kurangnya 1 gram emas pada harga RM158 hari ini.
Pada tahun 2020, ia boleh dijual pada harga RM503.
Jumlah keuntungan kita untuk 1 gram sahaja adalah RM345.
Bagaimana pula dengan mereka yang membeli lebih daripada 1 gram emas? Berapakah nilai untung yang bakal diperoleh pada tahun 2020?
Justeru itu, tanya diri kita hari ini. Adakah kita mahu mengambil peluang sekarang? Atau mahu menunggu datangnya peluang yang lebih baik esok hari? Di mana peluang itu masih kabur-kabur dan tidak menentu.
Jawapan yang terbaik untuk melabur pada emas daripada jutawan Azizi Ali,
“Beli emas apabila sudah mempunyai modal. Kerana harganya akan sentiasa meningkat. Kita tidak akan rugi besar dalam pelaburan emas.”
Jika kita sanggup untuk menyimpan RM2,100 bagi membeli iPhone 4S hari ini, yang hanya menjanjikan keseronokan sementara. Adalah lebih baik kita mengumpul sedikit wang, untuk membeli emas bagi dijadikan aset, bagi menjadi lebih kaya dan bahagia.
Sesungguhnya, nilai kekayaan itu terletak pada bagaimana kita menguruskan wang dan harta. Langkah pertama menguruskan wang adalah dengan melabur terhadap aset yang menguntungkan.
Aset itu pula… Tidak lain tidak bukan, adalah emas.
Mulakan pelaburan emas hari ini. Supaya kita tidak menyesal di kemudian hari.

Read more...

4 perkara yang perlu di ambil kira pasti anda akan tersenyum

Selasa, 20 Ogos 2013


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini saya nak kongsi sedikit ilmu untuk renungan kita bersama........
biasa kita dengar....

aduh..baru beli emas tadi,sekarang harga turun pulak..macam mana ni????

Itu reaksi biasanya orang yang pertama kali beli emas, Saya belum pernah jumpa orang yang lepas beli, harga terus naik,naik,naik dan tak turun-turun. kalau naik,naik tak turun-turun,itu tak normal. Harga emas ni ada masa dia naik dan ada masa dia turun,ada masa dia naik sampai 55% ada masa dia turun sampai 7% setahun. Tapi bagi sesiapa yang meyimpan emas sebagai WEALTH PROTECTION seperti saya,tak kisah harga naik atau turun

Ada duit lebih,saya beli emas,harga naik saya senyum sebab nilai kekayaan semakin meningkat. Harga turun pun saya tersenyum sebab ini lah peluang untuk beli emas lagi pada harga yang murah. Apa pun keadaan jadilah pelabur emas yang sentiasa tersenyum.Ini saya nak kongsikan 4 perkara yag mesti diambil kira...

PERKARA PERTAMA......Asingkan duit kecemasan, Simpan emas jangka panjang.

Sebelum beli emas,asingkan dulu duit kecemasan,terbaik simpan 3 bulan pendapatan,kalau berlaku kecemasan.\,anda tak perlu jual emas ditangan anda, tapi gunakan duit kecemasan yang di simpan tadi. Saya beli emas dengan duit lebihan untuk simpanan jangka panjang.

PERKARA KEDUA......Saya beli emas guna duit hasil bisnes sendiri,duit simpanan gaji,bones tahunan dan pembayaran secara ansuran (EPP)

Pelaburan pada hakikatnya ialah untuk orang-orang yang ada duit lebih,kalau tak ada duit lebih,lebih baik berniaga berbanding melabur. Daripada duit itu dimakan inflasi,lebih baik beli emas yang pasti ia kalis inflasi. Memang ramai saya jumpa orang yang tak boleh pegang duit,dan tak boleh menyimpan secara berdisplin,kalau ada duit mesti cepat habis.macam-macam difikir untuk berbelanja. Daripada habis macam tu,mungkin lebih baik buat pinjaman (BANK) dan beli emas dapat membantu anda menyimpan secara berdisplin setiap bulan.

PERKARA KETIGA.....Beli untuk "WEALTH PROTECTION" Bukan spekulasi

Saya beli emas untuk Wealth protection (perlindung kekayaan ). Protect duit dari "dicuri" dibelanjakan diri sendiri. Protect dari inflasi dan paling menakutkan protect dari keruntuhan matawang. Emas adalah penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia daripada sebarang keadaan ekonomi sepanjang
zaman.Duit kertas yang kita simpan sangat berisiko,tengok saja ketika ringgit malaysia jatuh merudum dari Rm 2.50 untuk 1USD kepada Rm 3.50 untuk 1USD. Kalau sebelum gawat kita beli barang import Rm 25.000,lepas gawat kita terpaksa bayar Rm 35.000 untuk barang yang sama disebabkan kejatuhan matawang ringgit. Sekarang tengok apa yang berlaku kepada negara-negara yang huru hara,peperangan dan hilang kesatbilan ekonomi. Apa berlaku kepada duit kertas pada zaman jepun menjajah di tanah melayu dulu. Siapa yang sanggup terima duit kertas di panggil "duit daun pisang" ketika itu. Mungkin datuk dan nenek kita faham benar dengan situasi ini. Untuk Wealth Protection harta saya,matlamat yang saya inginkan ialah memperbanyakan kepingan (gram) emas yang saya ada .

PERKARA KEKEMPAT......Pantau harga bila perlu,sambil melabur dan berniaga

Bagi sesiapa beli emas Public Gold Rm 20.000 dalam satu resit,anda layak jadi dealer secara automatik, saya jadi dealer sebab beli emas,bukan beli emas sebab nak jadi dealer (untuk berniaga emas ). Tapi alang-alang jadi dealer, saya ambil tanggunjawab untuk pandaikan orang ramai tentang emas melalui blog dan facebooks,Saya tengok ramai orang buat kesilapan yang tak sepatutnya dalam pelaburan emas sebab melabur tanpa ilmu,ataupun termakan kata-kata penjual emas yang tak bertanggunjawab. Sebagai orang yang Allah bagi ilmu tentang emas,saya perlu bantu orang ramai melabur dalam emas secara tepat,selamat dan menguntungkan insyallah.

Bisnes emas ni boleh buat secara sambilan jer,orang ramai buka facebooks cek status (wall post ) orang lain.Kita juga guna facebooks tapi untuk bagi tip-tip mudah tentang emas. Orang lain spent masa tengok tv,kita tukarkan masa tv untuk terus belajar berkongsi ilmu tentang emas dan kewangan. Tapi bila orang lain risau turun naik harga emas dipasaran insyaallah,kita sentiasa tersenyum sepanjang masa. Harga emas naik,kita senyum sebab kekayaan meningkat,harga emas turun kita senyum sebab komisyen melambung hasil membantu orang lain membeli emas dengan mudah, Apa kata gunakan duit komisyen tadi untuk beli emas,menyimpan sambil berniaga,Emas sentiasa berada pada posisi tersenyum dan happy..Alhamdulillah.

Read more...

Kuasa kilauan emas

Sabtu, 3 Ogos 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

   Hari ini saya nak kongsikan satu lagi rahsia emas yang sebenar, yang mana logam yang berwarna kuning ini amat diminati di seluruh dunia.

   Emas adalah logam paling berharga di dunia. Bukan sekadar simbol kekuasaan dan kemewahan, ia juga menjadi penyimpan nilai terbaik berikutan harganya jarang susut dan diterima di seluruh dunia.
Ini menyebabkan emas menjadi pelaburan jangka panjang sangat menguntungkan walaupun dalam keadaan ekonomi tidak stabil.

   Tidak hairanlah apabila harga emas turun mendadak kepada Rm127.3 segram pada 18 April lalu, logam itu menjadi buruan semua pihak yang yakin kini waktu terbaik untuk membelinya sebagai pelaburan jangka panjang. Pada 2011, harga emas mencatatkan rekod tertinggi apabila dijual pada harga Rm181.70 segram.

   Bagaimana, membeli emas tulen bukan mudah. Ini berikutan kecanggihan teknologi menyebabkan pelbagai taktik digunakan untuk menghasilkan emas tiruan. Justeru, sebelum membeli emas, penting untuk anda tahu jenis emas di pasaran. Ini kerana emas terbahagi kepada dua ketegori iaitu emas fizikal dan barang perhiasan.

   Emas fizikal dalam bentuk jongkong dan syiling seperti Dinar dan emas Kijang. Sifat emas fizikal lazimnya mempunyai ketulenan 999.9 peratus dalam bentuk jongkong dan 916 peratus dalam bentuk syiling. Emas dalam bentuk jongkong biasanya dijual mengikut berat antara 10 hingga 500 gram.

   Ada juga emas dijual dalam dua jenis iaitu emas kuning dan emas putih yang dihasilkan dalam bentuk seperti rantai leher, rantai tangan, rantai kaki, gelang tangan, cincin, anting-anting dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis emas perhiasan dipasaran termasuk:


  1. Emas Kertas (turut dikenali sebagai Emas sepuluh ) Kadar ketulenan 99.9 peratus dengan standard ukuran 24K ( karat )
  2. Emas 950 atau Emas Kelantan Kadar ukuran standard 22K
  3. Emas 916.6 atau Emas Singapura Kadar ukuran standard 22K
  4. Emas 875 Kadar ukuran 21K
  5. Emas 835 Kadar ukuran 20K
  6. Emas 750 Kadar ukuran 18K
  7. Emas 375 atau suasa kadar ukuran 9K
  8. Emas 585 Kadar ukuran standard 14K
Sekadar itu saja perkongsian tentang emas pada hari ini, diharap anda semua dapat pencerahan dengan ilmu tersebut..

Kepada sesiapa yang ingin menyimpan emas untuk pelaburan masa hadapan boleh hubungi saya melalui call/sms/gmail ke no 013 6933544 ( adli yaacob )
saya sedia membantu anda...

Read more...

Strategi pelaburan emas menggunakan modal pinjaman

Jumaat, 2 Ogos 2013

BARIS...BARIS....SEDIA... Assalamualaikum dan salam sejahtara semua...SENANG DIRI...

Ayat yang biasa didengar kalau yang berkerjaya macam saya..macam mana hari ni pembaca-pembaca blog saya semuanya ok tak? Diharap semuanya dah ambil tindakan yang sepatutnya untuk masa depan anda dan keluarga.
hari ini saya akan kongsikan bagaimana untuk anda mendapat keuntungan dengan menyimpan emas tanpa bekerja keras dan tidak langsung menganggu tugas hakiki anda.

ANDA NAK TAHU TAK???

Macam ni, anda buat pinjaman seberapa banyak yang boleh dan anda beli emas fizikal keluaran Public Gold (jangan buat pinjaman beli spot rim / radio kereta) Ingat beli emas anda akan dapat emas.bukannya anda beli emas anda akan dapat resit atau buku simpanan emas..

Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda akan bertambah kaya erti kata lain aset anda akan bertambah, pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda miskin contoh yang paling mudah,beli benda yang susutnilai seperti beli handset,spotrim dan lain-lain lagi,anda pun tahu kan?

Kalau anda buat pinjaman yang baik..contoh:

Pada mei 2013 jika anda buat loan bank rakyat (kalau tentera, buat pinjaman koperasi tentera macam saya) katakan sebanyak Rm 10,000 untuk tempoh 5 tahun (normal kalau tentera ) maka anda perlu membayar balik pinjaman sebanyak Rm 227.00 sebulan bermula jun atau julai sehingga april 2018,jadi jumlah bayaran balik kepada bank selama 5 tahun sebanyak Rm 13,620,00.

Jika pinjaman anda sebanyak Rm10,000 semuanya anda beli emas/dinar Public Gold pada mei 2013 (maka anda mendapat 17 keping dinar yang beratnya setiap satu 4.25 gram ) 1 keping dinar Public Gold bersamaan Rm 570 pada bulan mei lepas.

Bila loan anda dah selesai bayar pada april 2018 nilai 1 keping 1 dinar Public Gold itu menjadi Rm 900,  itu angaran saya tapi tak mustahil harga emas meningkat setiap tahun (tahun 2014 harga emas Rm202 segram)...dengan erti kata lain setelah 5 tahun anda meyimpan emas sebanyak 17 keping itu berharga       Rm 900 x 17 keping = Rm 15,300

Kalau anda jual semua dinar tersebut pada april 2018 maka keuntungan bersih anda ialah Rm 1,680,setelah ditolak dengan duit pinjaman yang anda buat.Kata kan anda tidak jual dinar tersebut dan anda masih menyimpan tunggu harga emas meningkat naik sehingga anda rasa sesuai dengan keuntungan yang anda ingin kan maka anda jual kan saja emas yang masih berada di tangan anda.

Jikalau benarlah apa yang diwar-warkan oleh pakar-pakar ekonomi dunia (boleh baca dalam blog-blog pelaburan emas lain ). Harga emas akan meningkat pada tahun 2020 sebanyak Rm 503 segram,Kalau 1 dinar bersamaan 4.25 gram,berapakah agak-agaknya keuntungan anda...Jom kita kira..

Ok 1 dinar beratnya 4,25 gram.
Tahun 2020 harga emas Rm503 x 1 dinar iaitu 4.25 gram = Rm 2137 untuk 1 keping dinar.
Dalam simpanan anda sekarang ada sebanyak 17 (1 dinar ) x Rm 2137 = Rm 36,329...fuhh,.banyak tu..
bermakna keuntungan bersih anda ialah
Rm 36,329 - Rm 13,620 (bayar loan balik ) = Rm 22,709 (untung bersih )

Siapa nak bagi sebanyak itu kalau bukan anda sendiri yang mencarinya...rebutlah peluang ini yang telah terhidang didepan mata..bertindak lah sekarang yang penting sekali dan perlu ingat, Beli Emas Dapat Emas bukannya beli emas anda akan dapat resit atau buku akaun.INGAT BELI EMAS PUBLIC GOLD.

Saya harap apa yang saya kongsikan ini mendapat pencerahan kepada anda semua.Semoga kita semua berjaya di dunia dan akhirat.

Kepada sesiapa yang berminat menyimpan emas untuk masa depan keluaran Public Gold boleh lah menghubungi saya melalui call/sms/gmail 013-6933544 (adli Yaacob) atau anda boleh lihat disebelah kiri atas blog saya ini.

wallahu alam

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP