google. Dikuasakan oleh Blogger.
Authorized Dealer Public Gold
Adli Yaacob 013-693 3544

Strategi pelaburan emas menggunakan modal pinjaman

Jumaat, 2 Ogos 2013

BARIS...BARIS....SEDIA... Assalamualaikum dan salam sejahtara semua...SENANG DIRI...

Ayat yang biasa didengar kalau yang berkerjaya macam saya..macam mana hari ni pembaca-pembaca blog saya semuanya ok tak? Diharap semuanya dah ambil tindakan yang sepatutnya untuk masa depan anda dan keluarga.
hari ini saya akan kongsikan bagaimana untuk anda mendapat keuntungan dengan menyimpan emas tanpa bekerja keras dan tidak langsung menganggu tugas hakiki anda.

ANDA NAK TAHU TAK???

Macam ni, anda buat pinjaman seberapa banyak yang boleh dan anda beli emas fizikal keluaran Public Gold (jangan buat pinjaman beli spot rim / radio kereta) Ingat beli emas anda akan dapat emas.bukannya anda beli emas anda akan dapat resit atau buku simpanan emas..

Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda akan bertambah kaya erti kata lain aset anda akan bertambah, pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda miskin contoh yang paling mudah,beli benda yang susutnilai seperti beli handset,spotrim dan lain-lain lagi,anda pun tahu kan?

Kalau anda buat pinjaman yang baik..contoh:

Pada mei 2013 jika anda buat loan bank rakyat (kalau tentera, buat pinjaman koperasi tentera macam saya) katakan sebanyak Rm 10,000 untuk tempoh 5 tahun (normal kalau tentera ) maka anda perlu membayar balik pinjaman sebanyak Rm 227.00 sebulan bermula jun atau julai sehingga april 2018,jadi jumlah bayaran balik kepada bank selama 5 tahun sebanyak Rm 13,620,00.

Jika pinjaman anda sebanyak Rm10,000 semuanya anda beli emas/dinar Public Gold pada mei 2013 (maka anda mendapat 17 keping dinar yang beratnya setiap satu 4.25 gram ) 1 keping dinar Public Gold bersamaan Rm 570 pada bulan mei lepas.

Bila loan anda dah selesai bayar pada april 2018 nilai 1 keping 1 dinar Public Gold itu menjadi Rm 900,  itu angaran saya tapi tak mustahil harga emas meningkat setiap tahun (tahun 2014 harga emas Rm202 segram)...dengan erti kata lain setelah 5 tahun anda meyimpan emas sebanyak 17 keping itu berharga       Rm 900 x 17 keping = Rm 15,300

Kalau anda jual semua dinar tersebut pada april 2018 maka keuntungan bersih anda ialah Rm 1,680,setelah ditolak dengan duit pinjaman yang anda buat.Kata kan anda tidak jual dinar tersebut dan anda masih menyimpan tunggu harga emas meningkat naik sehingga anda rasa sesuai dengan keuntungan yang anda ingin kan maka anda jual kan saja emas yang masih berada di tangan anda.

Jikalau benarlah apa yang diwar-warkan oleh pakar-pakar ekonomi dunia (boleh baca dalam blog-blog pelaburan emas lain ). Harga emas akan meningkat pada tahun 2020 sebanyak Rm 503 segram,Kalau 1 dinar bersamaan 4.25 gram,berapakah agak-agaknya keuntungan anda...Jom kita kira..

Ok 1 dinar beratnya 4,25 gram.
Tahun 2020 harga emas Rm503 x 1 dinar iaitu 4.25 gram = Rm 2137 untuk 1 keping dinar.
Dalam simpanan anda sekarang ada sebanyak 17 (1 dinar ) x Rm 2137 = Rm 36,329...fuhh,.banyak tu..
bermakna keuntungan bersih anda ialah
Rm 36,329 - Rm 13,620 (bayar loan balik ) = Rm 22,709 (untung bersih )

Siapa nak bagi sebanyak itu kalau bukan anda sendiri yang mencarinya...rebutlah peluang ini yang telah terhidang didepan mata..bertindak lah sekarang yang penting sekali dan perlu ingat, Beli Emas Dapat Emas bukannya beli emas anda akan dapat resit atau buku akaun.INGAT BELI EMAS PUBLIC GOLD.

Saya harap apa yang saya kongsikan ini mendapat pencerahan kepada anda semua.Semoga kita semua berjaya di dunia dan akhirat.

Kepada sesiapa yang berminat menyimpan emas untuk masa depan keluaran Public Gold boleh lah menghubungi saya melalui call/sms/gmail 013-6933544 (adli Yaacob) atau anda boleh lihat disebelah kiri atas blog saya ini.

wallahu alam

0 ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP