Kuasa kilauan emas
Sabtu, 3 Ogos 2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Hari ini saya nak kongsikan satu lagi rahsia emas yang sebenar, yang mana logam yang berwarna kuning ini amat diminati di seluruh dunia.
Emas adalah logam paling berharga di dunia. Bukan sekadar simbol kekuasaan dan kemewahan, ia juga menjadi penyimpan nilai terbaik berikutan harganya jarang susut dan diterima di seluruh dunia.
Ini menyebabkan emas menjadi pelaburan jangka panjang sangat menguntungkan walaupun dalam keadaan ekonomi tidak stabil.
Tidak hairanlah apabila harga emas turun mendadak kepada Rm127.3 segram pada 18 April lalu, logam itu menjadi buruan semua pihak yang yakin kini waktu terbaik untuk membelinya sebagai pelaburan jangka panjang. Pada 2011, harga emas mencatatkan rekod tertinggi apabila dijual pada harga Rm181.70 segram.
Bagaimana, membeli emas tulen bukan mudah. Ini berikutan kecanggihan teknologi menyebabkan pelbagai taktik digunakan untuk menghasilkan emas tiruan. Justeru, sebelum membeli emas, penting untuk anda tahu jenis emas di pasaran. Ini kerana emas terbahagi kepada dua ketegori iaitu emas fizikal dan barang perhiasan.
Emas fizikal dalam bentuk jongkong dan syiling seperti Dinar dan emas Kijang. Sifat emas fizikal lazimnya mempunyai ketulenan 999.9 peratus dalam bentuk jongkong dan 916 peratus dalam bentuk syiling. Emas dalam bentuk jongkong biasanya dijual mengikut berat antara 10 hingga 500 gram.
Ada juga emas dijual dalam dua jenis iaitu emas kuning dan emas putih yang dihasilkan dalam bentuk seperti rantai leher, rantai tangan, rantai kaki, gelang tangan, cincin, anting-anting dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis emas perhiasan dipasaran termasuk:
- Emas Kertas (turut dikenali sebagai Emas sepuluh ) Kadar ketulenan 99.9 peratus dengan standard ukuran 24K ( karat )
- Emas 950 atau Emas Kelantan Kadar ukuran standard 22K
- Emas 916.6 atau Emas Singapura Kadar ukuran standard 22K
- Emas 875 Kadar ukuran 21K
- Emas 835 Kadar ukuran 20K
- Emas 750 Kadar ukuran 18K
- Emas 375 atau suasa kadar ukuran 9K
- Emas 585 Kadar ukuran standard 14K
0 ulasan:
Catat Ulasan